Tuesday, January 13, 2009

SEPAGI DI ARAS 5

Pagi2 lagi aku dak bertolak ke Aloq Staq bersama anak ku . Selepas memberi salam sembahyang suboh,tanpa lengah2 lagi kereta anaknya dah menuju ke destinasinya.Aku cuma sempat menyudahkan wirid harianku di dalam kereta . Dimesjid2 yang kami lintasi masih ada jemaah yang masih berzikir . Sudah semestinya terdiri dari orang2 tua macam aku . Dalam pagi yang masih gelap,anak2 sekolah dah ada berkeliaran di tepi2 jalan menunggu bas sekolah.Ada yang di temani oleh ibu2 mereka . Jauh berbeza dengan zaman aku dahulu.Di zaman itu kami pi sendiri dan balik pun sendiri.Kalau nak bandingkan banyak kelainannya.Tak payah aku ceritakan,kerana kekadang budak2 la ni tak percaya.


Urusan temuduga anakku selesai pukul 11 pagi.Tak terasa oleh ku bahawa aku tak bersarapan pagi ini.Biasanya aku cuma minum setegok-dua air yassin selepas salam suboh dan selepas wirid aku mulakan tugasku berblog.Menulis apa saja yang terlintas dijejari2 ku.Lepas itu baru aku makan apa yang disediakan oleh Mak Wan.Aku tak cerewet.Nasi ke,cucur ke,bihun goreng ke, dan kekadang aku makan buah korma saja.Aku tak mau menyusahkan mak Wan.Semua aku sapu,asalkan halal.Mak Wan pun tak ganggu ku bila aku’berkasih2’ dengan computer ku berblogging.Pagi ini aku lupa pada makanan,Cuma sedar bila anakku keluar dari bilik temuduga.
“Ayah dah makan?”,tanyanya. “Aduh, belum nak .Tapi ayah tak rasa lapar“,jawab ku.


Sebenarnya aku sibok bercit-cat dengan anak2 muda yang ditemui di Aras 5 Pusat Pentadbiran.Seorang guru muda memberi peluang padaku memperkenalkan blog ku padanya.Dia berminat dan memohon weblog ku.Aku harap dia dapat mengikuti blog ku dan memberi komen.Jangan anggap apa yang ku tulis tu betoi.Seorang pemuda juga ku cukup bangga dengannya.Berbagai topic kami cakapkan.Sudah tentu aku tak mau lepas peluang bercakap pasai rokok.Kerana aku tau seseorang tu perokok atau tidak.Akhir qalam kami dia mintakan doa unutknya berhenti dari merokok.Kini dalam sehari dia habiskan dua kotak.Insyaallah dia akan berjaya dalam misinya itu.


Aku dan anak pulang dengan perut lapar.Aku singgah di sebuah kedai yang aku cukup biasa dengan kemasakan depa.Aku beritau anakku balik makan di rumah bersama emaknya.Aku beli 3 bungkus laksa,3 bungkus mee dan 3 bungkus ais kacang.Dalam kereta dok telan air lioq saja kerana bau kuah mee rebus dan kuah laksa.Mak Wan sambut kami penuh mesra.Kerana aku tau laksa ialah kegemarannya.


Kita jalinkan kemesraan rumahtangga dengan makanan.Kerana umur tua aku keletihan juga walaupun tak memandu.Selepas balon mee.laksa dan air kacang terus tunaikan Zohor.Dan terus aku ZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz.

2 comments:

Unknown said...

Anak2 sekarang pergi temuduga pun ditemani bapa. Semoga anak pak cha berjaya dalam temuduganya berkat doa pak cha.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

syuhada,

Terima kasih diatas doa.Insyaallah dia akan berjaya.

wassalam.