WINTER DI SEBELAH UTARA
Walaupun tiada salji ,tapi negeri2 di utara seperti Kedah dan Perlis ada musim winternya tersendiri.Di kawasan bandar2 tidak tersangat terasa.Di kawasan2 tinggi seperti di srengenge ni waktu paginya menjulaskan anak2 nak mandi sebelun ke sekolah.Sejuknya sampai ke tulang som-som..Sumber airnya juga cukup dingin.Masa aku mengajar di sekolah Syed Bakar dulu,pukoi 10 pagi sebelum rehat aku bawa murid2ku pergi mandi di sebatang carok di belakang sekolah.Itupun airnya masih dingin.Aku buat begitu kerana aku tau depa tak mandi pagi..Dan Syed Bakar pun suka aku buat begitu.Depa mandi dalam birthday suit mereka.Budak2 dulu tak kisah sangat.Tapi budak2 la ni jangan buat main.Birthday suit,apa birthday suit.
Di waktu malam angin bertiup membawa udara sejoknya menikam setiap bulu roma.Selepas maghrib kesejukannya dah mula terasa.Dan angin pun cukup galak bertiup.Tak dak can nak berehat2 di jemborang rumah.Di musim ini langit cukup cerah.Dan inilah juga terkenal sebagai musim kemaraunya.Dan inilah musimnya durian mula mengeluarkan bunganya.Kalau kemarau tak lama durian dah tentu tak menjadi.Kalau banyak hujan pokoknya berpucuk yang sudah tentu tak memberi laluan pada bunga memecah mata ketamnya.Lagi jauh malam lagi sejoknya.Manusia akan tidoq berkerekot dalam lapisan tebal selimutnya.Nak lebih sedapnya tidoq kenalah mencelahkan kedua tangan dicelah paha.Berkerekot macam tenggiling,binatang yang gemar memakan kerengga.Orang2 dulu suka berdiang api pada malam begini.Berpesta macam mana juga cowboy2 zaman dulu.Tak jauh bezanya manusia ni.Di kedah ka,atau di amerika ka.
Tengaharinya panas cukup terik.Membakar kulit menjadi hitam.Mandi berendam di sungai cukup enak rasanya.Air sejuk di sungai menstabilkan panas dalam badan.Di musim ini juga burung2 akan berkumpul mandi2.Waktu kecik dulu aku suka sangat menggetah burung.Berpuluh ekor dapat dalam sehari.Tapi kerja ni membahaya kerana pak belang juga menghendap burung.Tak silap rezekinya kepala kita diterkamnya.Di musim ini juga waktu dulu2,mencari kulat mata kerbau menjadi kegemaran.Isi kulat ni macam agar-agar lembek.Boleh makan mentah2.Rasa sejuknya macam orang sekarang makan ais kacang di musim panas.Boleh di katakan sepanjang hari budak2 berada di hutan dengan aktibiti2 zaman itu…..zaman kunta-kinte.

Mana nak cari enaknya zaman dulu.Mampoih tak jumpa dah.
No comments:
Post a Comment