Monday, January 26, 2009

ARE YOU ALWAYS DREAMING ? ....not so

DON’T LET YOUR DREAMS BE DREAMS



Berangan2 seperti Mat Jenin memang cukup ‘sedap’.Dari pemanjat kelapa dan akhirnya berkahwin dengan tuan puteri.Cerita angan2 ni dah lama ‘hidup’ dalam kepala orang melayu.Malah dah beranak bercucu.Tak habis2 orang kita berangan,dari rakyat bawahan hinggalah ke atas,ke atas,ke atas hingga ke negeri bunian.Orang2 politik cukup banyak lagi angan2nya.Yang berkuasa nak memerintah dari dulu,kini dan selamanya.Oleh kerana angan2 tu terlalu tinggi,hingga lupa kita check diri sendiri.Seperti yang berlaku kepada Mat Jenin.Kerana pelepah kelapa tu tak dicheck,padah yang dia terima.Tuan Puteri pun entah ke mana.

Masa bermain rugby dulu,kata2 tackle low,shoot high sokmo diberi kata2 peransang oleh ketua pasukan.Masa tu aku sendiri pun tak paham maksudnya.Tau main saja.Sebagai pemain hooker aku sentiasa terpenyet pabila berlaku scrum.Sebenarnya aku tak pandai bermain,tapi aku dipilih kerana aku berani.Aku syok tackle pemain2 yang besar2.Syok dengar depa jatuh macam guni padi,macam buah nangka masak.Tak menang pun tak pa,asalkan boleh tackle low.Bila tackle low mudahlah lawan terjatuh.Begitu juga kalau angan2 tu tinggi sukar kita mencapainya.Jadi tackle low boleh membawa kejayaan.Oleh tu janganlah berangan2 tinggi.Nanti habeh semua terbengkalai.Aku memang tak dak kudrat nak shoot high.Bukan senang nak atasi palang gol rugby.Aku Cuma boleh buat kacau dalam permainan supaya lawan naik berang.Bila berang depa tak boleh control diri.Lebih2 lagi depa geram kat aku.Ini memberi peluang kat winger Mat Tongkai membuat touch.Pakatan Rakyat juga boleh buat kejutan kalau depa pandai kerosek UMNO.Banyak dah darah tinggi.Boleh cium keris.Boleh lompat katak.Apa2 saja boleh jadi.


Aku tengok film clips Slumdog Millionaire yang memenangi 10 anugerah di FF.Melihat liku2 hidup seorang budak jalanan untuk jadi seorang jutawan.Melalui susahpayahnya menempoh hidup dia boleh menjawab soalan cepu-emas.Orang curiga tentangnya kerana boleh menjawab soalan2.Tapi dia ada pengalaman dalam hidupnya dan itu membuat dia berjaya. Kalau sahaja berangan2 you can’t go that far.Kita kecundang juga akhirnya.Let us face life.That will pave the way.Semestinya kena ada prinsip hidup.Strong will-power.Solid desire.God willing ,success will come.Dreams will take your life away.


Pukul 4.36 petang ini ( isnin) orang kedah boleh tengok gerhana matahari.Cuba ambil kesempatan sembahyang sunat gerhana.Peluang ni bukan ada sokmo.Why miss the chance.Kepada kekawan berbangsa Tionghua,SELAMAT TAHUN BARU.Ini bukan ucapan agama, ini ucapan budaya.

4 comments:

kambing_gurun said...

Aku ni tak minat sangat sukan ragbi ni. Malah tak tahu pun sistem kiraan matanya. Aku cuma minat tennis ja.

Pak cha bila plak nak jadi jutawan? Ke pak cha ni dah memang jutawan??

sufiah hashim said...

Apapun alfatihah buat arwah arenawati walaupun saya juga tak kenal dia. Yang pasti kita pun akhirnya akan menuju ke situ jua....

Leenoh said...

Solat Gerhana Matahari atau Bulan, sunat muakkad seperti solat Hari Raya juga, Elok juga dibuat secara meriah untuk mengingatkan Kekuasaan Allah.

Hapuskan kepercayaan karut yang berkaitan dengan gerhana tersebut dan meluaskan aktiviti ibadat kita.

Sambutan tahun Baru Cina adalah sambutan sejarah dan budaya bangsa seperti kata Pak Cha, memang betul sokmo. asalkan jangan terlibat dengan aktiviti yang dilarang oleh Islam.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Terima kasih pada semua yang memberi respon kat tulisan aku ni.

Kalau ada salah-silap tolong check diri ku.

saudara kambing gurun,bairlah kita tak jadi jutawan di dunia ni,lambat nak masok surga.Kecuali ikut cara Saidina Abu Bakar .

supiah hashim,doa kepada seseorang yang kita tak kenal adalah tinggi darjatnya.

leenoh,aku ikut petua tok guru .Kalau adat boleh kita ikut.Tapi tidak kalau bersangkut dengan agama.LAKOM DINNUKOM WALIYADIN.(Tolong check sdr leenoh)

Wassalam.