CHEDET CC
Chedet dah buka pula blog barunya.chedetcc.Blog lama disimpan buat rojokan.Dalam beberapa ketika saja chedet dah jadi blogger no 1.Mendapat lebih dari 10 juta hits.Nampaknya dia cukup hebat.Boleh sekaligus bercakap dan menulis.Sejak keluar dari UMNO banyak yang dia cakap dan banyak pula yang dia tuleh.Tahniah.
Terkini blognya condemned Isreal kerana dengan biadap membelasah orang Plastine.Allah dah beritau dalam Al-quran pasai Isreal ni.Jangan buat kawan.Jangan ajak berunding.Tapi kita bodoh,tak ikut Allah.Kita ni ikut seinci,sehasta dan sedepa sehingga masok ke lubang biawak.Chedet dulu pun cuba nak bermesra dengan Isreal.Dia jemput pasukan kriket Isreal bermain di KL.Heboh Pas masa tu.Tunjuk persaan di KL.Banyak yang kena tangkap.Banyak yang kena gas pemedih mata.Dan saudara Mahfuz dipenjarakan sebulan kerana terlibat tunjuk perasaan tu.Nampak macam Mahfuz lebih terok dari Isreal . Chedet sedar atau tidak aku tak tau.Aku masih tak lupa.Tak semua Melayu mudah lupa.Dia mungkin dah lupa kerana dia tua dari aku.
Chedet menulis untuk Obama president-elect.Obama ni baca blog atau tidak ? Aku ingat dia tak dak masa nak baca semua ni.Dia tak ambil hal semua ini.Negara dia raja dunia.Amerika tu Amerika jugalah .Depa tak dengar kata sapa pun.UMNO pun dah tak dengar kata2 Chedet.Nak bagi Obama dengar kata dia ? Jauh taik kuku dari mulut.
Dia suruh Obama hentikan Isreal dari membunuh orang2 Plastine.Tapi dalam tahun 1987 ngapa dia pun tak hentikan dari membunuh orang2 Memali.14 orang maut.Anak jadi yatim.Bini jadi janda.Aku masih tak lupa.Bicara punya bicara,sampai la ni aku tak dengar apa keputusannya.Harta rampasan depa bagaimana? Walaupun golok sebilah.Walaupun parang ketot tanpa hulunya.Itu harta depa.Seperti biasa orang2 kampong semua ada alat2 seperti kapak,pisau yang berbagai,parang dan juga senjata2 lama hak mullah2 depa habis diambil.Nak jadi bukti bahawa depa ni jenis pengganas .Nak lawan kerajaan.Sejenis dengan Amerika dok buat la ni .Sejenis dengan Isreal yang dok buat la ni .Depa orang kampong yang nak mendaulatkan hukum Allah.Anak2 yatim , lani semuanya dah dewasa.Janda2 muda dulunya dah jadi nenek.Dan ada yang dah mati , dan akan hidup kembali untuk dakwa semula diakhirat .La ni bicara tentang Memali dah tak dengar lagi.Cuma tunggu di akhirat supaya pembicaraan disambung semula.Orang tua macam aku payah lupa.Jangan buat dhek saja , kerana Allah Maha Adil.
Obama akan tinggal di White House.Tak pernah dengar White House kena bayar sewa.Yang peliknya rumah kediaman PM kita kena bayar sewa.Bayar kat Putrajaya Holdings.Sewanya murah saja kerana guna duit Negara/duit rakyat.Cuma RM345,833.33 sebulan.Jadi Cuma RM 4.15 juta setahun.Aku pun nak tanya sapa dia Putrajaya Holdings tu ? Geran tanah Putrajaya tu atas nama sapa pula ? Ahli2 parlimen kena ambik tau , jangan bertikam lidah kosong saja.Hey-ho,hey-ho tak tentu pasai.Takbirlah Negara secara adil.Kita jadi kalifah di bumi.Setiap inci bumi akan menjadi saksi di depan Rabbul-Jalil. Jangan jadikan ini perkara kecil , jangan dok syok-syok sendiri.Dunia ni bukan comfort zone.Cuma surga lah yang jadi comfort zone.Pasai tu dunia ni ‘najis’.Pasai tu orang cerdik tak pandang pada dunia.
Kita jangan mudah lupa.kerana Allah akan soal kita atas semua kerja buat kita.Jangan lupa akan mati.Dan matinya seseorang , asbab dari tangan kita.Nak mintak maaf,mana boleh.Itu kesalahan anak adam atas anak adam.
Aduh,aku dah hampir lupa nak tanya.Casinos di Genting tu kena sewa tak ? Kalau ya,bayar kat sapa ? Sudah tentu sewa premis judi tu lebih mahal dari kediaman PM.Kita dapat untung besar di dunia.Kita juga akan dapat kerugian besar di akhirat…nauzubillah.Siapa kita itu ? Aku tak termasok dalam 'kita' itu.Hangpa,hangpa,hangpa atau siapa ?
Kejarlah dunia sebagai bekalan untuk ke akhirat. .Wallahua’lam.

No comments:
Post a Comment