Sunday, January 25, 2009

WE LOST THE WAR BADLY TOO

WE LOST THE WAR


Putiknya relai di hujung tunas,
Pucuknya kering di rerantng baru.

Akhir2 ini chikungunya cukup menggerunkan.Dan tiada ada laporan2 terkini dari pihak kem.kesihatan untuk rakyat sedar apa yang berlaku.Sebenarnya ia harus dihebahkan macam juga kematian2 Ops Sikap.


Selepas membaca blog rockybru aku dapat maklumat bahawa setakat ini dah 12 kematian di klang Valley.Jumlah kesnya ialah 4221.Ini cerita bulan Januari saja ,sebelum kong xi fatt cai.


Di negeri aku chikungunya menyerang macam dessert storm juga.Di kawasan srengenge dah tiga kali disembor asap.2 kali waktu maghrib dan satu semboran asap diwaktu pagi belum pun sempat habis subuhnya.Pegawai yang datang menyembor waktu pagi tu beritau dah seminggu keserata tempat.Pertamanya gerak orang bangun,keduanya halau nyamuk.Jenis chikungunya ni suka sangat berjamaah waktu maghrib dan subuh.Di hospital daerah dah dua wad baru di buka untuk menampong mangsa deman.Ada 128 kes di kedah saja.


Mangsa2 lengoh segala sendi dan jangan sekali menuduhnya arthritis.Chikungunya suka menyerang dari bahagian bawah dan biasanya nyamuk menyerang di bahagian muka.dan dia mudah terpikat dengan bau wangi2an.Dia juga gemar pada pakaian yang gelap.


Semua itu adalah tentera2 Allah.Dia menyerang manusia bila maksiat terlalu berleluasa.Kita sukar menentangnya.Dan setakat ini belum pun ada lagi ubatnya.Dengue pun begitu,belum ketemuan ubatnya.


This is totally a different war.We lost the war against dengue and chikungunya.We lost badly too.

3 comments:

Unknown said...

Adakah pak cha mengenali Muhammad Dahlan Abdul Biang @ arenawati? Aku tak kenal pulak?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Aku kenal dia,dia yang tak kenal aku.

Dia orang lama,novelnya yang aku baca tak pernah habis ialah LINGKARAN . Berlingkar2 .Berkisar tentang kehidupan kelasi.Dia boleh menukilkan cerita bermain terup, dan aku tak paham.Kerana aku tak tau permainan tersebut.Seolah2 seperti Pak Shahnon menghuraikan taik dalam perut dalam satiranya SHIT.

Alfatihah untuk Pak Arenawati.

Unknown said...

Patut la aku tak kenal. Pasti orang lama betul dia. al-fatihah