Friday, January 30, 2009

PELASTINE YANG AKU BELUM KENALI

AKU CUMA MELIHAT PELASTINE DARI JAUH


Banyak orang menuduh orang2 Pelastine tak kommited dalam peperangan menentang israel ( aku tak tulis memulai dengan huruf besar kerana aku memang meluat dengan kaum zionis ni).Depa pun tak pernah memberi alasan2 yang boleh diambil pakai.Dan kita cuma memerhati perjuangan mereka dari jauh. Dan tak sapa pun yang kita kenal.Aku cuma kenal seorang sahaja,yaitu Allahyarham Sulaiman Pelastine.Tu pun namanya saja dikaitkasn dengan Pelastine.


Selepas Jumaat tadi aku dapat kesempatan dengar ceramah Dr.Jamnul Azhar yang baru pulang dari Gaza Strip.Dari ceramahnya yang garang sambil menitiskan airmata membuatkan aku dan lain2 pendengar bersedih juga dapat menitiskan airmata juga.Tak dapat nak ku hurai secara mana yang telah disampaikan oleh Dr.Azhar.Jadi saudara pemblog mungkin tak dapat merasainya.Kena dengar sendiri.Kalau makanan kena rasa sendiri baru boleh tau sedapnya.


Di sebuah hospital yang dia pergi merawat,tak seorang pun berasa menyesal ditimpa bencana.Beria2 pula mereka nak meneruskan perjuangan menentang puak zionis ni.Seorang kanak2 berusia 13 tahun putus dua kakinya,berazam apabila dah dapat kaki palsu akan meletup dirinya dicelah berpuluh2 orang Israel.Semangat cukup kental dan tak berasa serik untuk berjuang.Dr.Azhar sendiri mengatakan begitu wanginya darah2 orang sahid.Beliau dapat mencium baunya sendiri.Di bilik mayat penuh ,dan diluar bilik masih banyak lagi mayat bergelimpangan.tak seekor lalat menghurungi mereka,malah semerbak baunya.Mayat berusia 14 hari masih segar dan tak memberi bau busuk.


Di sebuah mesjid yang dibom,darah dan cebisan2 daging melekat di dinding.Juga kata DR.Azhar tak memberi bau busuk.Dia sendiri menciumnya di dinding mesjid.Semasa nak pulang driber teksi ucapkan selamat jalan,dan beliau rasa bersedih kerana kata2 akhirnya ialah : Mungkin kalau kau datang lagi ke bumi Gaza ini,kau tak kan bertemu dengan ku lagi.Kerana aku juga mengejar sahid.Siang aku memandu ,dan malam aku akan lancar roket , dan berdoa sebagai peluru ngaib.


Janda2 muda pula berazam berkawin lagi dan akan melahirkan banyak anak lagi untuk berjuang menentang kezaliman zionis yang menganggap manusia2 lain sebagai binatang.Kali ini ia menentang Islam.Lain hari pula agama lain pula akan ditentangnya.Dulu puak Nazi telah membunuh 6 juta orang Israel.
Tapi tentera yang sikit boleh menewaskan tentera yang banyak.Tentera Jalut 70 orang boleh menewaskan tentera Talut berjumlah 70,000 orang.Itu apabila nusrah Allah datang.

Dr.Azhar juga mengesahkan bahawa zionis memang guna bom kimia.Di dalam perut seorang mangsa yang dia operate bersama Dr.Muzaffar sah terdapat bahan kimia.Depa begitu sukar merawatnya kerana bahan itu masih positif.Bila mencuci mengguna air garam ia aktif lagi.Depa berdoa kepada Allah ,akhirnya Allah memberi ilham guna air zamzam.Mereka Berjaya dalam pembedahan itu.


Mereka di arah pulang segera kerana mengikut maklumat tempat mereka bertumpang akan diserang zionis.Mereka bergegas ke sempadan , dan 4 jam selepas itu depa dimaklumkan bahawa benar tempat itu telah diserang.Apakah nasib driber teksi yang diceritakan ? Masih hidup ataupun dah jadi shahid.Kerana mengikut Dr. Azhar dah beberapa kali dia telepon belum lagi terjawab.

No comments: