Saturday, January 3, 2009

BLOG@1

BLOG@1


Semalam aku dapat menonton Blog@1 .Sebelumnya , aku , aku tak punya masa nak tengok.Sebab masa 8.30 tu sibok dengan waktu sembahyang.Kali ni disiarkan jam 10.30 malam.Ini masa kecederaan.Bolehlah berehat dan bersantai di depan tv.Pahit Manis menjadi tetamu.Saudara Idaham menjadi jurusoal.Blog Pahit Manis adalah antara blog pilihanku.

Selalunya begitulah,sebagai acara sulung 2009,tak begitu mengancam minda.Tak dapat pick-up.Pahit manis pun tak berapa terlior dalam cakapannya.Biasanya orang pandai menulis ni bila bercakap tak berapa menjadi.Penulis2 banyaknya tak pandai bercakap.Pak Shahnon yang aku cukup kenai pun begitu.Ceramah PASnya tak dapat menarik para pendengar.Tak boleh lawan Mat Sabu.Mat Sabu pun begitu,suruh tuleh jadi tak hebat.Pak Shahnon pasai SHIT pun dia boleh tuleh.Anuar Ibrahim pun sama.Cakapannya menjadi.Blognya pula tak menjadi juga.Tuleh tak serupa cakap.Ada boleh bercakap.Ada boleh menuleh.

Pahit Manis 2 kali bersetuju saja dengan hemah juruacara.Tak dak block and tackle.Soalan2 pun tak begitu menarik.Macam main bolasepak : hang sepak mai , aku sepak pi.Tak dak kejar-mengejar.Tak dak siku-menyiku.Jaringan gol langsung tak dak.Penerbit rancangan ni kena buat banyak homework.Kami guru2 dulu banyak beri pelajar kami buat homework.Aku suruh pelajar2ku tuleh sehari satu karangan.By hook or by crook ,they must write an essay.Tiru pun tak pa,asalkan depa tuleh.Meniru juga satu teknik belajar.Pasai guru2 la ni ,aku tak tau.

Terus-terang ku katakan tak menarik.Apa tajuk khusus depa nak bincang aku pun tak tau.Idaham cuba menggelecekkan bolanya,tapi ke arah mana yang nak dia sepak aku pun taktau.Sekejap2 dia nak masok isu politik (pilihanraya KT ),tapi Pahit manis cuma jawab dia setuju.Tak jadi pergelutan di padang.Masing2 macam takut2 nak bincang secara mendalam.Blog2 yang lain diperkenalkan entah untuk apa.Yang jadi blogger jemputan ialah Pahit Manis.Hilang rasa pahit-manisnya.


Sebenarnya banyak yang bloggers nak sampaikan kepada rakyat.Rakyat pun tak paham blog tu apa.Lapih tua macam aku pun banyak tak tau.Kawan2 ku juga banyak yang tak tau.Ada yang buta komputer.Aku bersyukur kerana anak aku ngajar aku.Kalau tidak aku pun sama buta macam depa.Pak Non pula suruh aku berblog.Alhamdulillah.Orang tua yang turut berblog dengan aku cuma Pak Non.Dulu ada seorang lagi Pak Mud.Dia pun dah meninggal….alfatihah.Nak hantar emel pun kawan lama2 tak tau,cuma boleh berkomunikasi dengan telefon.

Entahlah akan ku ikuti Blog@1 lagi.Lebih baik tuleh di blog.Boleh orang baca pendapat kita.Kalau tak betoi depa beri komen.Sapa lagi nak komen orang tua.Takkan semua orang tua kata tu betoi.Sapa tau aku masih kencing berdiri.Takkan hangpa nak kencing berlari pula.Sama2 kita check diri.Sebaik2nya guna Al-quran untuk check-up.Di dalamnya ada serba mak-nenek.Segala haram-bejadah pun ada.Babi ada.Rasuah pun ada.Macam2 ada.Boleh tau sapa kencing berdiri,sapa kencing berlari.Untuk dapat pedoman sila buat rujukan.Kalau dah talak tiga pun ada caranya kalau nak rojok.Jangan buat membabi-buta seperti cina-buta.Tipu diri itu namanya.Melayu yang jadi buta.

Wallahua’lam.

No comments: