Friday, March 5, 2010

HABIB AL NAJAR


HABIB AL NAJAR


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Dalam semua kekawan ku, nama Habib mudah diingati.Ada 4 orang semunya.Nama yang serupa dengan ku juga 4 orang.Tiga orang binnya juga serupa dengan ku.Tapi warna kami tak serupa .Aku yang paling gelap.Mereka mudah memanggil ku Pak Itam.Sehingga semasa sekolah dulu cikgu2 juga memanggil ku dengan nama yang sama.Pengetua ku seorang berbangsa china,juga panggil aku Pak Itam.Kekadang dia berseloroh dengan ku dengan memanggil ‘blackie’.Habeh.Aku tak reject panggilan tu.Aku restui mereka.


Masyarakat Melayu kita cukup popular dengan bacaan Surah Yassin.Tiap malam jumaat berjamaah membaca di surau dan masjid.Dalam surah tu ada satu cerita pasai satu watak Pak Habib Al Najar.Banyak orang tak tau kisahnya.Pak Habib Al Najar merupakan watak lelaki yang datang berlari2 dari hujung kampongnya Antioch ,di Syria lani.Dia datang untuk menghalang orang senegerinya kerana nak membunuh Yohana dan kulas dan Syam’on.Ketiga pemuda tersebut ialah utusan Nabi Isa a.s. untuk berdakwah ilmu tauhid.Akhirnya bukan Yohana,Kulas dan Syam’on yang dibunuh tapi Pak Habib yang terbunuh .Ceritanya sama dengan umat2 nabi2 dulu,mereka engkar dengan dakwah para nabi mereka.Sila rujuk Surah Yassin ayat 20 & 21.Umat nabi kita juga sama,hingga sekarang masih ada yang menolak segala ajaran Nabi saw.Manusia hari2 buat silap.


Bila Pak Habib terbunuh,malaikat Jibrail turun dan dengan sekali jerkahnya ,pemuda2 yang membunuh Pak Habib mampuih di situ juga.Anehnya Yohana,Kulas dan Syam’on terselamat……….wallahuaklam.

4 comments:

aznaz said...

salam ayahanda..


Buat baik berpada pada..
Buat jahat jgn sekali...

Satu informasi yang harus kita renungkan....


waslam

atuk said...

assalamualaikum Ayahanda

masyarakat kita cuma rajin membaca surah yasin

tapi tidak mahu mengamalkannya

Wassalam

Ayah Zain said...

Salam ayahanda,

kadang-kadang membaca surah yasin ni dah macam keboasan sahaja kerana mereka tidak memahami makna nya. Just sekadar membaca seperti lagak burung kakak tua.

Unknown said...

Assalamualaikum ayahanda...

umat islam kini hanya tahu baca yasin , tambah2 mlm Jumaat dan bila ada kematian .
tp intipati dr surah tu langsung tak dipeduli..
tu ler apa yg terjadi zaman la ni sebenarnya semua dah termaktub dlm alquran.
termasuk le diri ummi sendiri gak . he he he