Monday, March 8, 2010

MESTI ITULAH CARANYA


METHOLOGINYA

Dengan nama Allah,99 semuanya.


Berbanding semalam,hari ini aku sehari terdekat dengan lubang kubur.Kita hidup di dunia tapi jangan terpedaya dengan dunia.Kerana dunia ini cuma mimpi kosong,kalau tidak ikut landasan Islam.Dunia cukup attractive dan mudah sangat menggoda kita.


Di dunia kena selalu ingat tentang jalan-jalan dilalui.Bila dah ada jalannya kena tau pula cara nak berjalan.Cara berjalan kekadangnya membawa padah,kalau tak ikut cara Islam.Tanpa cara yang benar kita mudah tersesat.Jangan tenggelam dengan glamour di dunia.Glamour dunia ialah gelaran yang sementara.Hubaya2,elakkan dari tertipu di dunia ini.Kemahuan kita perlu dibuat ikut syariat.Jangan ikut teks,tapi ikut contextnya.


Dalam surah Al-Waqiah,Allah berfirman bahawa ada dua golongan manusia.Ada golongan tinggi.Ada golongan rendah.Di dunia pun ada.Di akhirat juga adanya.Tak semestinya pangkat tinggi di dunia membawa sampai ke akhirat.Firaun,Haman dan Qorun tak boleh membawa pangkat mereka ke akhirat.Begitu juga Namrud dan Abu Jahal,Abu Lahab.Mereka memiliki pangkat rendah di akhirat.Cuma para2 Nabi mengekalkan pangkat2 mereka.Jadi jangan perasan dengan pangkat2 , kalau tidak pandai mengikut syariat Allah.Kejarlah pangkat yang diredhoi Allah.


Wallahuaklam.

7 comments:

aznaz said...

salam ayahanda..

pangkat di dunia bukan ukuran untuk kita bawak ke akhirat kelak..hanya amalan dan ibadah kita yang menentukan di mana kedudukan kita nanti..insyalah


waslam

My Life said...

salam ayahnda

amalan yg membezakan kita...

Atikah said...

Salam ayahanda,

Semoga kita semua sentiasa berada di landasan yg lurus... Insyaallah..

Naz Mohamed said...

Salam Ayahanda,

Sekiranya kita mengeajr dunia, akhirat akan meninggalkan kita. tetapi sekiranya kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

Rosma Majidee said...

salam ayahanda,

saya suka ayat ayahanda " bila dah ada jalannya kena tau pula cara nak berjalan". menarik

KAMATO said...

Semoga amalan kita sentiasa mendapat keredaannya

rezeki said...

salam ayahanda

saya seringkali tanamkan dlm hati dan minda , semua itu hanya pinjaman, akhirat yg kekal abadi

hanya amalan yg akan dibawa, kalau amalan baik, insyallah selamat diakhirat kelak

jika amalan yg buruk pula, kita akan menerima balasannya

dunia dikelek, akhirat dujunjung, insyallah selamat dunia akhirat