Friday, March 19, 2010

OH BANGSA KU (aku update)


OH BANGSA KU ( aku update memoirku ini)

Hang Tuah kata bangsaku tak kan hilang di dunia . Apa maksud sebenarnya kita tak tahu dan aku pun tak tahu . Belum ada cerdik-pandai kupasnya dari berbagai sudut . Yang pandai pun cakap2 begitu saja , tak lah macam mana sangat . Maklumlah orang pandai boleh kata apa saja . Orang yang tak pandai menerimanya saja . Jarang2 boleh mencetuskan minda . Dok di takok lama .Hang Tuah yang bercakap itu pun hilang entah kemana . Katanya di ulu sungai perak . Tak tau di mana matinya , tak tau dimana kuburnya . Periginya ada di Melaka . Diri Hang Tuah pun kita tak tau asal-usulnya . Melayu manakah dia ? Melayu Pattani ke , Melayu Jawa ke , Melayu Bugis ke , Melayu Minang ke , Melayu Peranakan ke , Melayu Aceh ke , atau bermacam2 lagi jenis Melayunya . Melayu Campa ke , Melayu Celup ke , ataupun Melayu perasan saja ke ? Terlalu banyak Melayunya . Tapi masing2 bangga bila di sebut Melayu . Jadi Melayu menjadi wadah yang cukup istemewa .

Bukan senang nak cantumkan berbagai etnik dalam satu acuan yang dinamai Melayu . Bukankah ia satu anugerah yang cukup istemewa dari Allah , pencipta sekalian alam . Semua di panggil Melayu . Orang barat pun tak seperti kita . Orang inggeris dengan inggerisnya , orang perancis dengan perancisnya , jerman dengan jermannya , portugis dengan portugisnya , ireland dengan irelandnya . Terpisah2 jadinya . Mungkin kerana mereka mempunyai negeri tersendiri. Tidak ada pada kita . Kita jadikan Malaysia negeri kita . Dan kita satukan dalam satu bangsa , bangsa Melayu , walaupun kita sedar dari berbagai rumpun .

BERSATU TEGUH , BERCERAI ROBOH

5 comments:

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

sememangnya tulisan ayahanda ini amat bermakna sekali. Bangsa Melayu? Hang Tu Ah?

Entahlah mreka yang berkuasa terus menunjukan kuasa, yang tida kuasa mencari kuasa walau apa cara sekalipun, bersengketa.

yang penting apa sahaja digunakan sama ada halal atau tidak.

YB said...

Salam ayahanda,

Sedih melihat melayu la ni. Bukan melayu tu lemah tapi melayu tu dilemahkan bangsa sendiri. Entahlah tengok depa tengah berdebat di dewqan pun la ni malu buatnya..

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Ada pernah saya dengar

renunggan
Melayu paling beruntung
Asalkan Melayu, misti Islam

Wassalam

khairyn said...

Salam Ayahanda

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

(Allahyarham Tongkat Warrant: Melayu[sebahagian])

Atikah said...

Salam Ayahanda...

Moga ayah, mak n adik2 sihat walafiat hendaknya...

hari nie tak reti nak komen... hehehe