SELAMAT DATANG DAN SELAMAT DALAM PERJALANAN
Esok sabtu 13 mac Hanis dan Atikah akan datang ke dangau Jeha dan Lahuma.Dengan sukacitanya kami menunggu ketibaan mereka.Kak S dan Abang Megat juga akan datang .Ijoismart dan keluarga yang pada mula akan datang terpaksa membatalkan rancangan mereka.Keluarganya dari Selayang datang ke rumahnya di SP.
Hanis dan Atikah akan bermalam di srengenge homestay.Kak S dan Abang Megat pun tak keberatan bermalam disini.Jeha dan Lahuma cukup berbangga membina keluarga yang besar.Memang dituntut oleh agama kita.Aku doakan semoga mereka dapat mimpi indah semasa bermalam di srengenge.Semoga perjalanan mereka juga selamat.
9 comments:
salam ayahanda..
nanti anakanda Cl pun nak tido rumah Lahuma dan Jeha...boleh tak?
waslam
salam ayahanda...
ummi nk bertolak balik Kedah Isnin nih , aduh tak dpt ler join diorang ..
tp ummi tak dpt janji dulu yer ayahanda , dpt kesana tak kali ni , bergantung pd plan pjalanan dgn keluarga dikampong plak.
apa2 pun selamat menerima anak2 PDKM yg ramai dan ceria
Assalamualaikum Ayahanda
bertambah lah anak cucu ayahanda
lepas ni kena besarkan rumah
sebab anak cucu PDKM nak datang
Wassalam
Salam anaknda CL,
Bisa diurus anaknda.
Moga anaknda sihat supaya mudah beramal di MH.
Wassalam.
salam anaknda ummi,
Insyaallah.
Dengan kasih sayang Allah dipermudahkan segalanya.
Wassalam.
Salam anaknda Rozali,
Kalau dihitong dikira anak angkat dah melebihi 200 ,sikit2 lagi nak sampai 300.Kelmarin dapat cucu angkat dari cambodia.Alhamdulillah.Sekarang ada di rumah ayah.Baru dok belajar abc,alif ba tha.
Rumah tak payah perbesarkan.Kita tidoq macam di Padang Arafah,Muzalifah dan Mina.Lebih akrabnya dan harmoninya.
wassalam.
Salam Ayahanda,
Wahh.. ada outing ke banggol derdap.. teringin nak kesana lagi.Insyaallah
Wassalam
Salaam ayahanda,
Semoga selamat perjalanan mereka dan ikatan ukhuwwah keluarga PDKM semakin erat terjalin hendaknya, insyaAllah.
VpeaceV
Post a Comment