Tuesday, March 16, 2010

"SEMUA" dan "BARU"




“SEMUA “ dan “BARU”


Semasa dalam kereta aku ,ayah Lah dan Shafie berbual panjang tentang hidup dan mati.Tentang dunia dan akhirat.Tentang dosa dan pahala.Banyaklah ceritanya sebelum kami sampai ke Aloq Staq.Dari mulut ayah lah aku dapat satu cerita baru,yang belum pernah lagi aku mendengarnya.Ingin benar berkongsi dengan pembaca blog aku.


Seorang sahabat yang sedang menghadapi maut menyebut kata2 SEMUA dan sekali-sekala menyebut pula kata2 BARU.Sahabat2 yang ada terpinga2 tak memahami kata2 tersebut.


Ringkaskan cerita: akhirnya mereka mendapat penjelasan dari Nabi saw.Sahabat itu sebelum mautnya telah dipamerkan Allah tentang pahala2 kebajikannya.Dia pernah mensedekahkan sedikit hartanya fi sabilillah dan sehelai jubah lama untuk sahabatnya.

Bila melihat pahalanya dia sebutkan SEMUA ( maksudnya mengapakah aku tidak mensedekahkan semua hartanya.).Dan bila melihat pahala jubah lamanya itu dia sebutkan BARU ( maksudnya mengapa tidak aku sedekahkan jubah yang baru).
Moga semua pahami maksudnya.


Wallahuaklam.

5 comments:

aznaz said...

salam ayahanda...

tersentuh' dengan paparan ini...

waslam

Ayah Zain said...

salam ayahanda,

kadangkala kita rasa tamak hendak memberi sedekah. sedangkan ganjrannya berlipat ganda. Allah dah berjanji ttp hambaNya buat tidak mengerti.

ijoi said...

Salam ayahanda

Semua orang sayang yang baru. Nak bagi yg lama juga... itulah manusia. Sy dok bayangkan sahabat Rasulullah sedekahkan semua hartanya. Manusia kini tak dak kot sedekahkan begitu ya.

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Hasil daripada sedekah manusia tidak namapak, kalau dipertuntunkan, akan berlumba-lumba lah manusia, seperti zaman Rasulullah.

terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya

Wassalam

KAMATO said...

salam ayahanda, insyallah kita cuba banykkan sedekah kpd yg memerlukan