Sunday, January 11, 2009

LIFE IS SHORT BUT TO LIVE IS LONG

LIFE IS SHORT BUT TO LIVE IS LONG


Kali ni bukan lagi mimpi.Banyak kekawan tak beri komen tapi telepon pasai mimpi tu.Itulah pasai tua ni, kita jarang mendapat kesempatan berjumpa. Kecuali jumpa dalam mimpi ..Banyak merengkok kat umah.Kekawan yang telepon,terimakasih banyak2.Muda2 dulu kerap bermimpi jumpa kekasih.Mai kita cakap pasai lain pula.Cakap pasai apa kita mai ke dunia.Cara Allah latih kita menjadi mukmin sebenar.

Dalam dunia yang penuh berbagai kemajuan,berbagai kecanggihan,berbagai penemuan2 baru sekaligus juga dunia dipenuhi dengan berbagai kedurjanaan ,kemerosotan akhlak,digalas lagi dengan berbagai penyakit dan juga berbagai permasaalahan sejagat dan yang hakikinya kehilangan rasa kemanusiaan.Nilai kemanusiaan dah menjunam ketaraf yang terendah.Masyaallah.

Dan itulah sebabnya manusia diciptakan Allah untuk hidup dan terus menempuh,mengharungi dalam pertarungan2 untuk mencapai tahap nilai manusia kamil.Semua pancaroba harus dilalui manusia untuk mendapat kemenangan.Manusia terpaksa mengharungi lautan permasaalah ni dengan menggunakan akal-budinya.Manusia perlu bersaing walaupun sesama sejenis.Ia adalah ‘survival of the fittest’.Ia adalah satu ‘rat-race’.

Sejak dilahirkan seorang bayi dah mula bertarung dengan alam barunya.Dia menangis sekuatnya supaya nak sesuaikan oksigen yang terlalu banyak berbanding dalam perut ibu.Dia bertarung dengan udara.dia bertarung dengan suasana barunya.Cuma dayanya ialah menangis sekuat2nya . Kerana dia belum boleh membuat apa2 lagi.Kalau bayi tak menangis dia pada biasanya tak boleh hidup lama.Umurnya pendek.Ahli perubatan pun berkata begitu.Kerana dia tewas.Dia tidak ‘fit’,tidak ada fitness nak bertarung dengan yang lain2.

Bila dah besar,dia pergi ke sekolah.Di sekolah dia terpaksa bertarung lagi dengan berbagai2 ujian dan peperiksaan.Kalau tak berjuang secukupnya dia akan gagal.Begitu juga semasa bekerja dia terpaksa bersaing dengan rakan sekerjanya.Kalau tidak dia tak akan berjaya dalam kerjayanya.Orang politik lagi terok bersaing.Kekadang sampai jatoh akidahnya.Jarang depa ni mendapat kepuasan hidup,walaupun rumah besar,bini cantik,duit banyak,gelaran berjela2 dsbnya.Tak contented macam kita,walaupun hari2 makan berlauk ikan asin saja.Pucuk paku saja.Sambal belacan saja.Sayur rebong saja.Petai bakar saja.Masa susah dulu rakyat makan nasi bergaram saja,toyu pun tak dak.Tapi semuanya sedap.

Bila dah cukup tua kita akan berjuang untuk mati pula.Bukan senang hendak mati.Kita bertarong dengan maut dengan kekuatan iman yang ada.Tanpa iman kita akan tewas di tangan syaitan dan iblis.Pujuk rayu syaitan lebih hebat dari kempen pilihanraya.Bukan setakat 1 kilo gula dan satu kampit beras,tapi syaitan berjanji nak memberi surga.Bila hati dah dikunci Allah,itulah pertanda buruk menimpa diri seseorang.Masa itu menyesal tak memberi guna lagi.Bertaronglah mencari cara tak dimurkai Allah.Semoga Allah memberi redhoNya kita berblog.Bukan payah nak cari pahala dan tak usah bersenangan bila buat dosa.

Dunia ni kalau dapat banyak macam mana pun ,hakikatnya masih sikit dibandingkan dengan akhirat.Kita mencari bekal di dunia.Banyak mana sangat bekai dunia yang kita nak?Yang nak banyak ialah bekai akhirat,pasai nak hidup lama di sana,Abadan abada. Dunia ada banyak pengikut,tapi di akhirat kita solo.Pengikut akan lari kerana hari itu nafsi2.Apa yang dikorban untuk dunia kita dapat segera di dunia.Kalau kita berjuang dengan redho Allah,kita buatkan kesenangan hidup dalam akhirat.Berilah keutamaan yang baik2 dan bolehlah kita berangan2 berjaya di akhirat.Usaha berkiblat dunia yang sementara,memberi nikmat sementara di dunia.Di akhirat kita dapat zero.Kosong.Nothing.

Jangan mimpikan surga kalau kita bukan the fittest.So why not struggle and be the fittest.May Allah bless us all.Barulah boleh bermimpi nak jumpa dengan bidadari2 dan serba mak-nenek yang dihajati,diingini,diminati dan yang serba-serbi dok terlioq di dunia tapi tak pernah kesampaian .

LIFE IS SHORT BUT TO LIVE IS LONG.

Dari masa hingga masa,
Jangan lalai dalam kerugian.

Aku tak kencng berdiri,
Jangan kamu kencing berlari.

Hello-hello sesapa saja.
Kawan Pak Cha si kamu dan si dia.

Aduhai manusia mengapa begini?
Kerana masing2 lupa diri.

Life is short but to live is long,
Bertaqwa saja,Allah pasti tolong.


Wallahua’lam.

1 comment:

Leenoh said...

Hidup menghidu udara itu pendek masanya tetapi kehidupan sebenar itu sangat panjang tanpa penghujungnya.Iaitu ada permulaan tetapi tiada akhir baginya.

Roh hanya ada permulaan iaitu berada diluar badan kemudian dimasukkan ke dalam badan, kemudian dikeluarkan daripada badan (mati), roh tidak mati yang mati hanya badan.

Tuhan Maha Mengetahui;
Wassalam.