Saturday, January 10, 2009

TAK SEMENA2 DEPA MAI BERDUYUN2

TAK SEMENA2 DEPA MAI BERDUYUN2

Entah tak semena2 mereka datang beramai2 ke Srengenge.Ada yang aku kenai ada yang tak aku kenai.Aku tak tahu pasai apa depa mai ramai2.Dulu depa mai ke srengenge juga,tapi masa tu ada kenduri.Hari ni memang tak dak kenduri ,jadi apa pasai depa mai.Semua mai berkereta jadi tak dak ruang nak parking.Berderet2 berbaris sampai ke simpang nak masok ke Srengenge.Kat padang pondok Tuan Guru Haji Salleh pun penuh dengan kereta.Orang tempatan pun mai juga,kerana nak tau apakah sebenarnya orang begitu ramai.Bukan ada apa kat Srengenge ni.tapi bila orang ramai,sudah tentu ada perkara tertentu.Mesti ada apa-apa.Jadi jom kita pi tengok.Mesti ada sesuatu.Orang tempatan terpinga2 pasai depa tak tau.Orang yang mai depa pun tak kenai.

Aku Cuma kenai sebahagian dari depa.Noor S.M aku kenai sebab mengaji sesama aku.Noorjaya aku kenai sebab dia orang GATRA ( Gabungan sasterawan Kedah).Sudah tentu Jihaty Abadi aku cukup kenai,kerana dulu sama2 mengajar kat Sik English school.Kami panggil Syed English School,kerana gurubesar kami namanya Syed Abu Bakar.Lepas tu aku dan Jihaty Abadi sama2 pula melanjutkan pelajaran kami.Jihaty cukup pintar berpuisi,maklumlah dia guru lulusan LI.

Aku kenai Prof.Yusof Hassan kerana dia juga bekas guru.Dia lama dok kat Srengenge ni.Masa dia dok buat thesis dulu utk degree masternya.Dia kaji longhat orang Srengenge bercakap.Thesisnya tebai 3 inci.Aku ada simpan senaskah thesisnya.Last aku jumpa dengannya semasa di BertamGolf Resort.Masa penubuhan Alumni UPSI/SITC Zon Utara.Di masa tu jumpa juga guru2 lama SITC,termasok Md.Noor Udoh,Wazata Zin,termasuk juga TYT Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Abbas ( Gabenor Pulau Pinang ,juga bekas lulusan SITC ).Mula2nya aku tak mau pi ke Bertam GR,tapi Md.Noor Salleh( kebetulan juga kawanku,dan dia jadi VC UPSI di masa tu) suruh aku pi.Mau tak mau pi juga.Bertuah juga kerana dapat jumpa kawan2 lama.Banyak depa pi.Majlis tu depa namakan SIRIH PULANG KE GAGANG.

Azizi Abdullah aku kenai,tapi dia tak kenai aku.Prof.S.Othman Kelantan aku kenai,kerana dia dah mai banyak kali ke Srengenge,semasa datuk Shahnon tengah rancak dulu.Dia pun masih kenai kat aku,yaitu semasa aku ke UPM.Dia dok bersyarah kat sana.Orangnya cukup simple dan mudah bermesra dengannya.Dia juga cukup baik dengan anak ku yang dok belajar kat sana.Kadang2 bila ada free-time dia ajak anak ku ke coffee-break kat cafeteria.Cukup komited dengan sastera.Dari seorang ustaz jadi seorang sasterwan.Boleh cakap arab macam ayiak.

Aduh banyak juga yang aku kenai,tak sempat nak berjumpa depa,kerana tak semena2 aku terjaga dengar laungan azan subuh.Rupa2nya aku bermimpi.

4 comments:

Unknown said...

Memang jiwa sastera betul pak cha ni. Sampai mimpi pun ada orang sastera jugak.

Leenoh said...

Kalau gitu Leenoh muda lagi la, sebab dia belajar sastera bergurukan Jihati Abadi, Pasai muda tu melawak ja Sdr.Pak Cha, Pasai belajar tu sungguh di Sg. Korok Lama/ Simpang Kuala, Alor Star akhir tahun 60an dulu.

Saya tahu sikit-sikit Sastera Melayu belajar dari Jihati Abadi.Terima kasih banyak pada dia.

Ini bukan mimpi, ini cerita betoi, baguih juga mimpi Sdr.Pak Cha tu mencuit hati saya mengingatkan zaman lampau.

Wassalam.


Wassalam.

KotaStar said...

Dalam sausana pagi ini, terkejut pula buatnya membaca kisah ini. semua datang.Apa dah jadi disana. Suspense macam cerita HICKOK,orang sastra pula yang dah sampai. Ada khendurikah? Awat ada gajah masuk kampongkah. SYUKURLAH kawan kita bermimpi saja. MUNGKIN dia tak basuh kaki bila masukke rumah kot. Salam sejahtera. Kami di KL tunggu anak balik dari Haj pagi ni.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr2 Shahran,leenoh dan Pak Non,

Syukran kerana beri komen.Maaf kerana Pak Non terkejut.Nasib baik tak dak darah tinggi.Tapi saya tau Pak Non cukup sihat.Semoga Allah kekalkan kesihatan Pak Non.Itu untungnya tak pernah hisap rokok.

Kat leenoh nak beritahu sdr.Jihaty Abadi @ cikgu Ya ( asai orang Titi Gajah) dah lama meninggal.Jawatan akhirnya mengajar di Universiti Malaya.Kami panggil dia 'adik Dr.H.B.Jassin' , sebab rupa depa sama2 mirip.Saiz depa pun sama .Saya dan cikgu Ya sama2 belajar sastera kat H.B.Jassin.