Thursday, October 8, 2009

DI SATU JUMAAT,DI BULAN RAMADHAN DI MASJIDIL HARAM

Jumaat pertama di bulan Ramadhan: Malamnya berikhtikaf di masjid.Tempat parking ku di basement masjid.Di sini keistemewaannya ialah ada bahagian aircon dan bahagian panas.Aku sering berpindah : bila panas aku duduk bahagian sejok.Bila terlalu sejok aku membawa diri ke bahagian panas.Masuk minggu kedua tiada can lagi nak berpindah2.Penuh sesak ,ketat macam sardin.Taufik yang Allah berikan tak membuat aku gelabah.Terpaksa kurungkan diri sepanjang hari.Nak keluar susah,nak masok pun payah.Ketandas pun sekali sehari.Aku cuba enakkan diri seperti ikan di dalam air.Tiada seperti burung dalam sangkar.Ikan tak lari keluar dari air.Burung meronta2 nak keluar dari sangkar.Itu falsafah aku bawa .

Jumaat pertama puasa aku nak balik ke hotel.Kekawan ku dari Algeria pesan supaya datang awal utk Jumaat.Kalau tidak susah nak masok masjid.Aku nak balik mandi sunat jumaat dan bertukar pakaian baru.Sudah mandi aku menghempaskan diri sebentar di atas katil.Terlena aku ,jaga2 sudah pukul 11 pagi.Jumaat 12.15 thari.Tergesa aku berlari ke masjid.Lautan manusia memenuhi jalanraya,dataran masjid.Aku terus hayun kaki ku.Di semua pintu masuk telah di halang oleh polis.Panas terik dah melebihi 40 darjah,dan akan bertambah bila sampai thari.Aku lari naik jambatan ke sebelah masjid kucing.Semua sudah di sekat: tingkat atas pun penoh.Isyarat dari jemaah semua penoh.tak boleh ke mana lagi.Aku cuba menyelit diri dan dapat duduk dibayang dinding masjid.Aku tak tau laluan matahari.Rupa2nya panas jugalah aku.khutbah pula panjang.Sejadahku di jadikan payung.Selepas jumaat aku dah mula kering tekak dan badan dah tak stabil lagi.Kepanasan hari itu di catat 47 degree calcius.Setengah jam lebih baru aku boleh masuk ke masjid untuk berlindong panas.Aduh panas di dunia pun aku tak boleh tahan .Sanggupkah aku nak berdepan dengan api neraka.Astagfirullah.Airmata meleleh keluar tak sedar membasahi pipi.Ya Allah ampuni dosa2 ku dan semua muslimin dan muslimat .Ya Allah kami tak sanggup menghadapi api neraaka.Ampunilah kami Ya Allah.

Astagfirullah,astagfirullah,astagfirullah.

9 comments:

kotastar said...

SDR,

Pertama taniah kerana berada di Al Haram pada bulan Ramadan. Cerita dan pengalamannya tentu banyak. Kisah sesak dan berjuta orang nampaknya makin tertambah hingga nak masuk masjid pun sukar khusus hari Jumaat. Lima enam tahun dahulu sesak juga tapi khusus pada hujung Ramadan. Teringat saya bersama anak bersembahyang dekat escalator ta'ada tempat lain. Apa pun seperti kata Pak Cha keistimewaan disana tentu sekali susah hendak kita lupa. nampaknya banyak berkenalan dg sahabat2 baru.Didoakan sdr dan Mak Wan sihat dan diberkati Allah swt.

Unknown said...

Salam ayah bonda,

Bagaimana agak mereka yang sujud di dataran menahan kepanasan yang amat. Beruntung ayah dan bonda dapat menjadi tamu-Nya pada bulan yang penuh rahmat. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk kunjungan seterusnya. InsyaAllah. ameen

Hotel ayahanda sebelah mana yer?

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Pak Non,

Nampaknya kita saja oldtimers yang dok gedik2 depan komputer.Masa di Makkah bloger Nikhan dari Yanbo,Madinah kata susah nak jumpa oldtimers yang pandai bergedik2 siang malam depan pc.

Cara tak sadar Allah temui kami di Hotel sofwah.Nikhan bersama isterinya jamilah dan Nizam bersama isterinya Ummi.Azlie bersama ayah/bondanya.Perjumpaan bloggers luar negara yang pertama agarnya......kemudian Azlie menerima panggilan dari AmranParis.Seorang lagi blogger bertempat di Paris.Gembiranya dia bahawa kami berada di Sofwah Hotel.

Para bloggers banyak yang kita tau,tapi tak mengenali mereka.Macam kita dulu juga .

Kalau mai ke Begia,tolong lapangkan masa ke srengewnge.

Harap pak Non,Kak wan dan keluaraga sihat semuanya.

wassalam jumpa lagi.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam UmmiWafa dan nizam dan cucu Wafa,


Semoga berada dalam kecintaan Allah.

Ayah dulu tinggal di kawasan Misfalah.Sebuah Hotel kecil.Tak mahal macam kat Sofwah tu SR 7,500 semalam.Insyaallah kalau diberi kekayaan nak juga rasanya tinggal di Sofwah.Sudah tentu bawa bonda bersama.Dah tentu azlie berikan bilik yang kita lawati di malam raya dulu tu.Insyaallah bawa Wafa dan Mia bersama.

Jumpa lagi ,semoga kasih sayang Allah memberikan kita semua yang di hajati.

wassalam ; dari ayah dan bonda.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

Pengalaman sama saya hadapi untuk solat Jumaat ketika mengerjakan haji dulu. Minggu pertama datang awal. minggu kedua terlewat sedikit, akibatnya terpaksalah ke sana kemari mencari ruang dalam masjid, sedikitpun cukuplah untuk duduk dan solat.

Tetapi kesudahannya terpaksa keluar dari masjid dan duduk di luar di tempat yang mulanya terlidung dari sinaran matahari. tetapi bila solat bermula kena direct sunlight. Berpinau di buatnya!

Dugaan.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Assalamualaikom,

Doakan termizi sekeluarga sihat walafiat.

Lama kita tak berinteraksi.
Menulis blog membawa banyak pengalaman.Boleh berjumpa dengan bloggers2 di tanah Suci.Anakda Azlie di Makkah banyak menulis dalam postnya tentang diri Pak Cha.Begitu jug blogger AkuKauDia dari Madinah.

Sebulan berpuasa di Makkah cukup membantu diri Pak Cha menuju ke hari2 akhir umur yang masih sikit bakinya.Cuba Termizi berazam mai puasa sebulan di sana.Jangan nanti umur tua.Ketuaan Pakcha kurang mendapat manfaat sepenuhnya.Letih yang amat sangat.Lebih2 lagi di sana dapat darah rendah.

wassalam,jumpa lagi.

Unknown said...

Salam

Kalau sebelah misfalah tu, memang jauh juga ayah berjalan ke jambatan sebelah masjid kucing tuu. Betul2 menguji kekuatan fizikal dan mental ayah kan.

Saya hari tuu 1st time duk hotel sebelah masjid kucing, selalu duk kat area (laluan bas keluar masuk). Memang mengah juga laa dr dataran (setentang Safwah) nak blk ke hotel dgn dukung si wafa. Apatah lagi kudrat tua ayah yang terpaksa ke sana ke mari utk mencari saf. Semoga sentiasa diberi kesihatan yg sempurna oleh-NYA. Ameen

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam UmmiWafa ( Zura),

Memang jauh.Nasib baik baru minggu pertama puasa.Masih berkudrat lagi.Tapi bila dapat kejutan haba panas tu,ayah mulai batuk2 dan sehari demam.Badan mulai lemah dari sehari ke sehari.Hingga akhir ramadhan lost weight hampir 8 kilo.Malam perjumpaan kita di bilik anaknda Azli , ayah dah cukup kurusnya.

sampai ke malaysia,anak2 ayah terkejut melihat tipisnya pipi muka.Bonda pula masih boleh maintain dan lebih ayu lagi.

Walau bagaimana pun syukur,alhamdulillah.

salam kat nizam dan sekeluarga.

mama ju said...

sangat menginsafkan.....