Wednesday, October 7, 2009

RAMADHAN DI MAKKAH

Syukur Alhamdulillah aku dijemputNya untuk berpuasa sebulan di Makkah.Sekaligus aku juga dapat menyambut Aidilfitri di sana.Berpuasa di bulan panas cukup mencabar sekali.Lebih toleransi perlu ada dari mengerjakan haji.Kerja haji tak berpusat di Masjidil Haram saja.Ada di Arafah,kekadangnya 3 hari sebelum hari Arafah sudah ada di sana.Ada di Muzalifah.Ada di Mina sampai 3 hari.Hanya sebahagian saja yang balik bertawaf dan sa'e.Jadi MasjidilHaram taklah payah sangat nak bersolat 5 waktu.Musim haji haram berpuasa ( 4 hari).Taklah lapar dan dahaga.5 hari dah selesai hajinya.

Ramadhan pula semua jamaah berpusat di Masjidilharam.Nak berumrah dan solat sehari 5 waktu,kena bertarong bersungguh2.Kalau tidak tak dapat masok ke mesjid.30 hari bertarong dengan jamaah yang tahun ni di katakan 7 juta cukup mengujikan kita.10 malam akhir Ramadhan anak2 tempatan pula berduyun2 datang.Berbeza dengan negeri kita.Di akhir Ramadhan mesjid hanya tinggal satu saf.Semua jadi payah kerana jamaahnya besar.Ke masjid jadi payah.Nak keluar masjid jadi susah.Nak ketandas dimana bahang panasnya cukup tinggi juga padat dengan manusia.Nak berudud pun perlu banyak sabarnya.

Alhamdulillah,aku mendapat taufikNya ,beriktikaf saja di masjid.Cuma balik ke hotel sehari sekali untuk membasuh dan mandi.Berbuka puasa dan bersahor ,banyak sabilnya.Jangan pilih makan saja apa yang di jamu.Makan tak banyak mana,minum zamzam saja dan niat memohon kekenyangan.Alhamdulillah semua kerja beres.
wassaalam.jumpa lagi.

7 comments:

rosli said...

Salam Tn Hj,

Saya jugak salah seorang penggemar blog sdra Azli, arini ini saya berkesempatan baca entri Tn Hj sehingga Jun 2009. Memang menarik kerana ada entri politik dan macam2 lagi, saya bukan ahli politik tetapi mengikuti rapat perkembangan politik orang Melayu ( PAS dan UMNO).

Tetapi saya suka mengikuti perkembangan Tn Hj masa di Makkah selama 49 hari, nak tau pakej yang Tn Hj ikut dan agensi mana? Jika tidak menggunakan pakej , saya nak tau pelan dan perancangan Tn Hj masa sebelum ke Makkah, saya begitu seronok dan begitu teruja dengan kehidupan seharian Tn Hj semasa di bulan Ramadhan, tahun lepas masa buat Umrah saya pernah 'tersesat'di basemant tu, mmg sejuk dan penuh dengan orang Arab pada waktu Maghrib. Saya sentiasa menanti perkembangan dan cerita2 Tn Hj semasa umrah Ramadhan aritu.

Satu lagi yang saya perasan Tn Hj dan rakan alumni Kirby mmg rapat, kalau tak silap saya Tuanku Bainun, Sultanah Perak juga bekas graduan dari situ, bahasa Inggeris saya agak sederhana saja, saya begitu menghormati lepasan Kirby ini yg majoritinya adalah guru2 Bahasa Inggeris yang hebat2.

Apapun Tn Hj mohon dapat diberikan sedikit petua agar rumah tangga kekal hingga ke akhir hayat dan salah satu niat dan doa saya agar dapat mengerjakan umrah selepas pencen bersama isteri saya sepertimana Tn Hj dan Mak Aji aritu ( hampir 2 bulan di Makkah). TK

NGINAP SRENGENGE said...

assalamualaikom sdr.rosli,

Panggil saja ayah.Memang itulah yang sesuai bagi saya sebagai orang tua.

Azlie dah jadi sebagai anak saya sendiri.Saya suka sekali berkunjung ke hotelnya.Tapi oleh kerana dia begitu sibok dengan tugasnya saya cuba menghadkan pertemuan dengannya.

Di makkah yang paling sibok ialah musim haji dan bulan Ramadhan.Ikut azlie it is a 24 hour roundevour.Bulan Ramadhan cukup hebat cabarannya.Melatih kita menjadi manusia sejati dalam lapar dan dahaga.Haji melatih kita menunaikan rukun.

Dalam menunaikan t/jawab dugaan2 memantapkan kita.Kita dapat kenal diri sendiri.Kita perbaiki kelemahan diri.Kita merayu dan memohon restu di depan Kaabah yang mulia.Kita menangis dan meraong diatas penyesalan kita.Tak dak sapa yang nak kita malu.Kita lebih malu kepada Allah.

wassalam.jumpa lagi.
Ayah pergi dengan Dasree travel and Tours,dari alor setar.

Ayah Zain said...

salam Ayahanda,

Hari ini saya sempat menyelusuri blog ayahanda. Seronok melihat keceriaan ayah dan bonda di mekah di bilik azlie yang berlatarkan Masjidil Haram. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana saya boleh menghadapi cabaran ini terutamanya semasa beratur di pintu Tandas dan mengambil wuduk dalam lautan manusia itu. Begitu juga semasa bertawaf, bersaie dan sebagainya apabila kita berada di dalam lautan manusia yang mencecah ke 7 juta orang itu.

NGINAP SRENGENGE said...

assalamualaikom ayah zain,

Memang sukar mendapat laluan mudah,kita kerdil dan iman pun nipis.

Tapi penyerahan kita kepada Allah dan berbekalkan sedikat kesabaran dalam diri,boleh mengatasi segala2nya.

Kita bila dijemput olehNya,jangan rasa bimbang.Kita dijagaiNya.Yang penting jaga diri jangan berpaling dari jagaanNya.Luruskan hati,ikhlaskan perasaan,rendahkan diri,perhambakan sepenohnya kepadaNya.....insyaalah,yang payah jadi mudah.

wassalam, thank you kerana memasuki blog ayahanda.

amirul abdul majid said...

salam pak cha,
selamat pulang ke sik

NGINAP SRENGENGE said...

salam anakanda amirul,

Doakan sihat bersama isteri yang dicintai.

Mak mah dan Pak jid dah mai ke rumah minum air zamzam.Mereka di lihat lebih sihat.Jangan bimbang kami jenis tua2 ni memang ada penyakitnya.Susah nak jumpa orang tua yang sihat.Sakit tandanya Allah sayang.Firaun tak pernah sakit.Dia di laknat oleh Allah.

Bagaimana cuaca di Sabah ? Tak menentukan.Jaga diri .jangan rapat ke pantai.

wassalam,jumpa lagi.
Selalu2lah masok blog Pak cha.

Ummi Wafa (UW) said...

Salam buat ayah dan bonda,

Doa anakanda di kejauhan, semoga ayahbonda sentiasa di bawah lindungan Rabbi dan diberikan kesihatan yang sempurna.

Betul kata ayah, bertarong untuk masuk ke dalam Haramain sememangnya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi, walaupun hanya sempat menjadi tamu-Nya untuk dua hari sebelum 1 Syawal, apatah lagi sebulan Ramadhan seperti ayahbonda. Tahniah untuk kemenangan itu!

Gelagak seorang pengawal menarik sejadah seorang nenek tua yang sedang bersolat di tepi pintu utama masuk ke masjid(sudah dilarang bersolat disitu tp nenek itu berdegil tanpa menghiraukan teguran pengawal) sampai jatuh tergolek dan dagunya tersungkur di lantai masih terbayang diwajah ini. Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu itu.

Doakan untuk anakanda dan suami moga dapat menunaikan Rukun Islam yang ke 5 pd thn ini. Semoga ayah dapat kongsikan ilmu dan pengalaman untuk bekalan kami yang masih serba kekurangan. Maklumlah di sini tiada kursus2 haji yang diaturkan seperti di Malaysia. Hanya bergantung kepada bahan bacaan dan rujukan. Apa yang anakanda sediamaklum, ada juga kursus yg akan dibuat tp minggu2 terakhir sebelum hari itu.

Wassalam
Salam untuk bonda.