Monday, October 19, 2009

INGIN ABADIKAN 3 JEJAKA



Ingin abadikan dalam post aku kali ni bersama 3 jejaka di Kingdom of Saudi Arabia.

Lihat mereka handsome,kacak dan mempunyai berbagai potentials.Dari kiri sekali anaknda Zikhan ( Abg.Zack yang gambarnya belum lagi termuat dalam post aku),bonda ,ayah,anaknda Mazlie (pembaca blognya cuma sebut CL) dan terkanan sekali ialah anaknda Nizam ( banyak senyum dan pendiam orangnya).

Nizam,Zikhan bersama keluarga tinggal di Yanbu,Madinah.4 orang bloggers bertemu dalam satu sessi yang sebenarnya di atur oleh Allah di Sofwah Royale Orchid Hotel,Makkah.Kami semua ialah pembaca dan pekomen blog tercinta kami PDKM kepunyaan CL ( Manzlie berpejabat di Sofwah Towers).

Isteri Nizam UW (Zura) dan anak Wafa ,isteri Zikhan Jamilah dan anak Mia tiada dalam gambar ini.Giliran mereka pula jadi photographer.Jarang2 mereka boleh bertemu dengan oldtimer yang masih bergedik2 dan menari2 jari-jemarinya di keyboard.
Pertemuan kami cuma sekejap,tapi keakraban kami ialah buat selama2nya.Pohon mereka rajin2 hantar berita kerana ayah/bonda masih bermimpi yang tak habis2 tentang kedua2 Haramain.
Wassalam.Doa berada dalam kesenangan dan keselamatan pada anaknda2 dan juga semua pembaca di blog nginapsrengenge.

14 comments:

cikgu mas said...

Assaamualaikum Ayahanda..

yg CM kenal sorang jer,mungkin dari 3 jejaka tu... dia senior sekali..CL lah,tapikan ayahanda kalau ada yg berjanggut panjang tu lg CM kenal!!!nama dia CS (cik Samad)hehehehe

maaf ayahanda bergurau sat dgn ayah,sbb CL habaq boleh jer bergurau dgn ayahanda buat cam ayah sendiri...

salam hormat untuk bonda..

Anonymous said...

Pak cha takde ke gambar pak cha masa muda2 dulu. Kalau ada nanti pak cha scan la then masuk dalam blog.

Mesti pak cha hensem masa muda2 dulu kan>?

Kalam Nadi Kota said...

Salam perjuangan.slamat pulang ke Malaysia.Seronoknya raya kat Tanah suci.
Ya ,ana masih ingat pertemuan kita di Masjidil haram.Bayangan kaabah masih jelas bermain diminta.Moga dapat selalu mengunjungi.Terima kasih kerana kunjungi blog ana yang tak seberapa.Moga dapat bertemu lagi. Wassalam.Tukul Besi

Kalam Nadi Kota said...

pmbetulan:bukan 'diminta' tapi di mata

Leenoh said...

Salam Pak Cha n Mak Wan.

Orang Islam itu hidup bersaudara, jika ikhlas perbuatannya maka jenuhlah berkatnya.

NGINAP SRENGENGE said...

Waalaikosalam CM,

Terima kasih mai ke pondok srengenge.Kalau di Makkah , hotel besar2 pun dipanggil pondok.Kat Mesia ni maklumlah.

Bang Samad ni banyak ada aura tersendiri.Bila ayah jumpa saja di Makkah dulu buat pertama kalinya,kami pelok2 dan cium macam orang arab.Orangnya manis tersenyum indah.Handsomenya dia dari ayah.Tapi sedih sikit masa ayah nak balik tak dapat jumpa dia.Anaknda Azli kata dia bercuti.Cuma boleh kirim salam.

Memang ayah suka bergurau.Dengan anak2 di Mesia pun gitu.Ayah tak serius,boleh berkawan dengan anak2 semua.Menantu2 pun sama juga.Alhamdulillah,itulah kelebihan yang Allah berikan pada ayahanda.

Salam utk CM dari ayah bonda.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam saudara anonymous,

Gambar masa muda dulu tu comel.Banyak gadis yang terpikat,tapi jodohnya ialah bonda. eheheh.

Ummi Wafa (UW) said...

Salam Ayah,

Tak sangka masih ada ruang untuk abah wafa dan ayah mia berposing di dalam 'umah' ayah ni.

Lebih baik oldtimer yang jemarinya pandai menari di papan kekunci yang mempunyai pelbagai sumber maklumat yang lebih tepat berbanding daripada jari- jari mereka yang hanya menari di meja kopi 'naik haji tak sudah2'. Kebanyakan santapan minda mereka hanya media arus perdana yg byk putar belit. Golongan inilah sebenarnya yg agak sukar utk menerima perubahan dlm sistem pentadbiran negara. Wallahua'lam.

Wassalam

Ummi Wafa (UW) said...

Ayah,

wajah-wajah ceria bonda bersama ummi wafa dan ibu mia tak nak ker gantung dlm umah ayah nie...hihihii..hidung tak mancung pipi lakk tersorong.. :D

salam utk bonda

NGINAP SRENGENGE said...

Salam saudara Nadi Kota ,

Pertemuan kita juga seketika.Tapi berkat diMasjidil Haram di depan Kaabah boleh menambatkan hati2 kita yang terpisah2.Itulah hebatnya Islam yang kita anuti.Seperti kawan2 yang lain , saudara juga sahabat dunia dan akhirat.Semoga Allah peliharai kita semua.

Salam kpd seisi keluarga.Kalau mai Kedah jangan lupa Sik.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam anaknda UW (Zura),

Memang ayah dok cadang dah nak pi kedai yang dok buat banner tu.Nak print katanya.

InsyaAllah.

Yang dok menari jejari kat kedai kopi tu pun boleh naik haji juga.Tak payah mai Makkah.Ayah pun tak paham adakah iktikad naik haji depa tu salah di sisi agama.Kerana ada juga unsur2 mempermain2kan rukun haji.Ngapa tak berikan nama lain dari haji.Mungkin UW boleh selesaikan masalah ini.Ayah nak tumpang belajar.

Permainan tu melalaikan.Lalai membenakkan hati.

Salam dari ayah/bonda.

NGINAP SRENGENGE said...

Saudara leenoh,

Assalamualaikom.

Memang benarnya kata2 saudara.Pesanan arwah ibu saya ; berbaik2lah dengan semua orang.Boleh memurahkan rezeki.

salam dari saya dan Mak Wan.

manzlie said...

salam ayhanda..


satu penghormatan buat diri anakanda diman ayah masukkan entry nih...terimaksih ayah atas ingatan mu itu..anakanda tidak akan pernha melupai ayah dan mak di sana..insyalah..

waslam

NGINAP SRENGENGE said...

Salam anaknda,

Piang emas dibawa belayar,
Masak sebiji didalam peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.