Saturday, October 3, 2009

ASSALAMUALAIKOM

Selamat bertemu kembali selepas lebih dari 2 bulan tak update my blog.Pertama kerana tak boleh online kerana Tm cable di curi,dan selepas itu saya pergi ke Makkah pula tanggal 12 ogos dan berpuasa sepanjang Ramadhan dan baru kembali selepas raya.49 hari tinggal di sana.

Insyaallah akan tulis pengalaman Ramadhan di sana apabila badan cergas semula.Penat lelah semasa berada di sana masih lagi terasa.

Dalam kesempatan ini saya pohon maaf dan selamat berhari raya.

Semasa disana blogger anakanda Azli banyak membantu saya dan isteri.Banyak post yang Azli tulis tentang diri saya dan isteri semasa di sana.Boleh ikutinya dalam blog list saya PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH.Sila klik di sebelah kiri blog saya.

Wassalam.

12 comments:

Ocean Girl said...

Selamat hari raya dan selamat kembali. Alhamdulillah dapat menjalani ibadah dan pengalaman yang tak terhingga nilainya.

Ocean Girl said...

Waalaikumusalam warahmatullahiwarakatuh Pak Cha dan Mak Wan.

Noor said...

Assalamualikum Ayahda & bonda..

mesti seronok bila berada di Makkah bumi Barakah.. tak sabar nak baca pengalama Ayahda & bonda ketika disana.. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesihatan ayahda & bonda

ayahda pergi guna travel agency mana ye.. boleh duduk sampai 49 hari.. yang mak saya p ari tu cuma 30++ hari je.. p 5 hari sebelum posa, balik mai raya ketiga..

kotastar said...

Selamat Kembali dan kami percaya puas sungguh kerana berada disana begitu lama. Sangkawayer telefon dah hilang terus tapi sebenarnya kawan kita berhijrah ke tempat lain.

Selamat Berhari Raya Maaf Zahir Bati

NGINAP SRENGENGE said...

Terimakasih Ocean Girl.Memang itulah yang ingin ayahanda kejarkan.Dunia pada orang tua macam ayah tak memberi kepuasan lagi.Bila2 masa boleh dipanggil Allah.Disanalah confort zone yang abadi.

Dah memadai Allah berikan di dunia ini.Sudah lebih dari yang patut.

Semoga Ocean Girl juga mandapat manfaat dari munajat ayah di Masjidil Haram.Mai lah kerumah pondok usang ayah supaya perkenalan kita lebih erat.

Wasalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Terima kasih.
Waalaikom salam.
Pak Non dan Noor.Maaf kerana tak beritau pi sana.Sebabnya dah termaklum.

Noor,ayah pi dengan pakej Dasree travel and Tours.

Pak Non apa cerita dengan Kirkby ?
Cukup rindu pada semua itu.Tapi Terpaksa dahulukan panggilan Allah.
Saya jumpa Dr Abdullah ,bekas pelajar kolej sama dengan Shahnon dan dah tentu sama juga dengan pak Non.Tapi dia tak ingat pasai Pak Non.Umur tua mudah lupa.Salam pada Kak Wan.

mamaija said...

Assalammualaikum.

Salam perkenalan ayahanda dan bonda. Saya ada juga mengikuti beberapa blog kawan-kawan termasuk blog ayahanda tetapi baru sekarang meninggalkan pesan. Seronok dengar cerita ayahanda dan bonda pergi ke Mekah dan dah selamat pulang ke tanahair. Lama gak 49 ari tu. Semoga ayahanda dan bonda sihat hendaknya.

Wassalam.

manzlie said...

salam ayah dan mak...

doa sya semoga ayah cepatsembuh hendaknyer..insyaalah...kenangan bersama ayah di makkah akan senantiasa anakanda semat dlam hati ini...salam syang pada mak dan anaka anak ayah disana..

syukran

waslam

Leenoh said...

Salam Pak Cha n Mak Wan.

Selamat Hari Raya dan selamat kembali ke Malaysia,
Insya Allah akan segera sihat.

NGINAP SRENGENGE said...

salam mamaija,

shukur dengan segala harapan dan doa dari mu.

Moga perkenalan diperpanjangkan.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam utk anakanda,

Pertemuan ayahanda/bonda dengan anakanda di Makkah cukup bermakna.Semoga Allah membimbing kita dalam segala hal.

Dekatnya hati kita menambahkan lagi pendekatan terhadap Yang Maha Agong.Let us go nearer and nearer to Allah.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Sdr. leenoh,

maaf kerana tak sempat memberitau pi Makkah , waktu tu komputer ku breakdown.Orang curi cable.Tapi aku doa utk semua waktu di sana.

selamat berdakwah melalui blog.semoga Allah peliharai kita semua di dunia dan di akhirat.

Wassalam.
kalau balik kedah mai lah ke sik,boleh jumpa pondok buruk di kaki bukit srengenge.