Friday, October 23, 2009

TENGOK TENUNG DAN TILIK



Aku selitkan gambar ni untuk nak refreshkan memoriku semasa buat umrah tempoh hari.Aku ingat sampai mati kerana terpaksa di tolak dalam wheelchair semasa membuat sa'ie.Isteriku tak tau,kerana kami pergi berumrah sendiri2.Aku pergi sendiri ke Tana'im,begitu juga isteriku.
Semasa tawaf aku masih boleh bergagah mengantor langkah,sakit lutut entah menjadi2.Aku menangis sambil berdoa.Aku beristigfar memohon ampun kurnia dari Illahi.Aku boleh complete 7 pusingan,tapi dalam masa yang sikit lama.Lepas sembahyang di belakang Makam Ibrahim,aku henjut2 ke Safa.Mendaki ke Safa dengan segala paksaan.Sakit dah tak tertahan.Beberapa petugas datang menawarkan wheelchair.Aku masih menolak.Memulakan sa'ie tapi kederitaan sakit tak dapat memaksa.Air mata berlinang bertakong di kelopak mata.Petugas diSafa faham rasa sakitnya.Seorang dari mereka menghampiri aku dan hanya meminta SR 40 rial untuk membantuku.Cukup murah harganya.Aku setuju.
Aku rasa reda dari sakit sikit apabila melintasi pusingan 1,2,3,4,5,6 dan bila complete sakit ku seolah2 di kute (ini pelat orang Kedah) buang.Hanya sengal2 sikit2 yang ada.Aku berhenti minum air zamzam (puasa belum lagi bermula) dan membasuh lututku sambil berdoa.Aku selepasnya berjaya balik ke hotel.............begitulah kasihnya Allah pada kita.Tengoklah,tenunglah dan tiliklah......subhanAllah.

8 comments:

Hanis said...

Salam ayahanda,

sebak hanis membaca coretan ayahanda kali ini...Allah maha besar...& syukur pada pada Nya, ada insan yang sudi membantu ayahanda ..ayahanda kembali sihat & boleh bejalan pulang ke hotel...
semoga ayahanda sentiasa berada dalam lindungan Allah & diberi kesihatan yang baik.

NGINAP SRENGENGE said...

salam Hanis,

Syukran Hanis.Allah Ya Rabb ialah segala2nya.

Kini ayah boleh dikatakan tak sakit lagi.Cuma sikit2 biaq pi lah kata orghang Kedah.

Orang yang tolak ayah tu,ayah pi cari dia kat Safa.Malang tak bertemu dgnnya.

Itulah Makkah dengan segala keanihan dan keajaibannya.....Allahuakbar.

Anonymous said...

Allah maha besar!

manzlie said...

salam ayahanda..

Ya Allah..kenapa lah ayah tak bagi tau sama anakanda masa tuh...? alahmdulilah...ada jugak insan yang memabntu ayah masa tuh...syukur..
semoga ayah beroleh kesihatan yang baik..insyalah..

waslam

cikgu mas said...

Salam Ayahanda

Semangat dan ketabahan ayahanda jadi inspirasi kami...masa saya disana saya selalu perhatikan warga emas ditolak dgn wheelchair,sayu rasa hati,semangat dan keinginan untuk beribadah tak mengenal usia..

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda,

Kat bonda pun ayah bagitau selepas beberapa hari.
Itu perkara kecil saja,anaknda pun ayah tengok cukup sibok dengan tugas.
Kalau semua 864 bilik tu di booking nanti musim haji ni.....aduuuhhh 24 hours round the clock.

Ayah doakan keselesaan bekerja....insyaallah.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam cikgu mas,

Masa muda kita kalut dengan dunia.
Bila tua ni rasa tak dak masa nak kejar akhirat.Tu yang memberi kegigihan pada generasi tua.

Beribadatlah seolah2 kita akan mati besok.

Wassalam.TQ

olive oyl said...

salam ayahanda..

segak sungguh rupa ayahanda.sepadan dgn mak wan..bagaikan pinang dibelah dua..ayahanda jaga diri ye..