Monday, October 5, 2009

TAK TAU GIMANA NAK MULA

Dah 6 hari aku berada di tanahair.Pembaca2 setia blog aku pun tak tau yang aku dah mula berkokok semula.Itu pun kalau cable tak di curi lagi.Kalau ada kecurian aku akan membisu pula.Kejadian mencuri ni dah jadi satu trend baru rakyat.Dari kerajaan hingga ke rakyatnya membuat kerja laknat ni.Tak kenal dosa pahala.Menipu juga menjadi kebanggaan diri.Pandainya syaitan menghasut manusia menjadi durjana.

Berhasrat nak ceritakan Ramadhan di Makkkah ,tapi belum tau gimana nak mulakan.Kerja haji dan suasana Haji semua dah tau.Tapi jarang orang menceritakan tentang ramadhan dan cabaran2nya.Haji cuma dihabiskan dalam masa 5 hari.Tapi sebulan berpuasa Ramadhan tetap jauh bezanya.Mengejar iktikafnya,mengejar lailatulkodarnya,mengejar terawehnya,mengejar kiamulailnya,dan berbagainya.Mencari laluan untuk mematahkan godaan syaitan kekadangnya cukup terseksa.Aduhai,Ya Allah banyak lagi yang belum kami kenal diri kami.Kekadang kejahatan manusia melebihi dari kedurjanaan syaitan.

Bertemu kembali.Wassalam.

6 comments:

mamaija said...

Assalammualaikum wbt

Ayahanda, sekarang lebih banyak orang yang melakukan kemungkaran dari kebaikan. Banyak berlaku khianat, rasuah, hasad dengki dan juga maksiat. Berdoalah kita semoga dijauhi dari ditimpa bala dari Allah swt.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

waalaikomsalam anakanda,

gitulah suasaana dunia kini.Susah nak pilih yang baik.Debunya berselerak di setiap penjuru alam.

Pandai2lah jaga diri.

wassalam.

jalaluddin said...

Welcome back my dear pak cha!

NGINAP SRENGENGE said...

salam jalaludin,

thank you very much.Selamat bertemu kembali.

wassalam.

Leenoh said...

Salam Sdr.Pak Cha.

Mulalah pada hari pertama sampai dan berjumpa kawan maya di sana.
Selitkan bersama gambar-gambar yang menarik...hehehe, apapun insya Allah kami akan baca.

NGINAP SRENGENGE said...

salam leenoh,

selamat bertemu kembali.Kesempatan ku berpuasa sebulan di Makkah memberi banyak maknanya dalam hidup.Jauh bezanya antara Haji dan Ramadhan.

wassalam.