Friday, October 9, 2009

WALI-WALI ALLAH


Apabila Allah menjemput kita ke rumahNya,tidak ada sesapa yang boleh menghalang.Yang miskin dapat pergi tanpa diduga.Yang kaya duit melimpah tak kuasa nak pergi.Di antara hamba2Nya yang mendapat jemputan termasoklah para2 wali.Tak sapa mengenali mereka dan kekadangnya mereka tak tau pun mereka itu terdiri dari para wali.


Aku bercita2 sangat nak bertemu dengan para2 wali.Tapi apa yang aku tau ,kenal pun tidak.Aku memohonNya.Ada orang yang alim pernah bertemu dengan nabi Khidir as.Nasihat guru ku: jangan memandang rendah kepada semua jemaah yang ada di Makkah.Kerana antara mereka adalah para wali.Jangan buat sesuatu yang mengaibkan kepada mana2 jemaah,kerana takut orang kita aibkan itu adalah seorang wali Allah.Selalunya para wali ni kita tak dapat melihat kehebatannya.Padahal dia cukup istemewa di sisi Allah.


Di hari akhirku nak membuat tawaf widak,satu keganjilan yang aku dapat rasai.Sebelum subuh lagi aku duduk berhampiran dengan seorang yang cukup tua,di dataran atas depan Kaabah.Dia sembahyang dan berwirid hampir 2 jam sebelum masoknya subuh.Selepas subuh dia menyambong berzikir.Aku terlalu ngantuk waktu itu,terlena berhampirannya.Lebih sejam aku terjaga.Dia masih duduk berwirid.Kemudian dia mengeluarkan makannannya dari beg plastik.Merupakan roti bercampur kuahnya.Dia menjemput aku makan.Aku tak menolak ,tapi cuma kata syukran.Untuk membalas budinya aku pergi ambil air zamzam dua cawan untuknya.Dia berterima kasih,dan mengangkat tangannya berdoa sesuatu sambil makan.Aku beralih kekanan seketika dan kemudian aku toleh kekiri.Dalam sekejip mata si dia sudah tiada.Cawan2 air zamzam pun hilang bersamanya.Kemudian baru aku sedar dia bukan sebarang insan...insan luar biasa.Tapi syukur aku kerana dapat juga berjasa padanya mengambil air zamzam............ingatlah kekawan bila di sana kita tak akan kenal seseorang , dan akan hanya sedar selepas peristiwa berlaku..........wallahuaklam.

7 comments:

Unknown said...

Salam ayah,

Ayah sangat bertuah krn dapat hadir disamping hamba Allah yang dimaksudkan itu. Apa agaknya doa yang dipanjatkan, semoga ayah mendapat keberkatan dan rahmat dari-NYA. Ameen.

Wassalam

Unknown said...

Salam ayah,

Ayah sangat bertuah krn dapat hadir disamping hamba Allah yang dimaksudkan itu. Apa agaknya doa yang dipanjatkan, semoga ayah mendapat keberkatan dan rahmat dari-NYA. Ameen.

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Anakanda UmmiWafa,

Permohonan ayah nampak dikabulkan Allah.Tapi menyesal sikit pasai tak ambil peluang memeloknya dan menciumnya.Khidmat ayah sikit sangat ,cuma mengambil air zamzam.
Subhanallah.

Berjam2 dia disamping ayah di depan kaabah yang mulia.Tiba2 saja dia menghilang.Ayah mencari2 di sekeliling selepas menyedari peristiwa .Dia sudah menghilang.Seminggu selepas raya,orang pun tak banyak.Tak kan begitu cepat sekali perginya.Mungkin dia ada di situ tapi ayah dah tak nampak.

Wali Allah mempunyai kelebihan2 tertentu.Subhanallah.

salam pada Nizam dan wafa.

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

Hanya Allah yang mengetahui. Ayahanda seorang yang bertuah kerana berjumpa dengan insan yang istimewa. Mungkin wali Allah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Ayah Zain,

Itulah harapan ayah,tapi sikit menyesal kerana tak memeloknya dan menciumnya.Setidak2nya bercakap lah sikit dengannya.Tapi itu semua ketentuan dari Allah.Ayah bersyukur dan redho.

Terima kasih kerana sokmo dok masok blog ayah.

semoga mendapat bimbingan dari Allah.

aznaz said...

salam ayahanda..

sya masih ingat lagi pesana ayah pada sya tentang JNGAN memandang rendah pada sesiapa yang ada didalam Haram..alhamdulilah...tadi masa solat pun masih teringat tentang wali wali yang ayah cakapkan nih..masih belum berjumpa juga sya..inysalah semoga satu ahri allah swt akan pertemukan dgn sya..insyalah

waslam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam utk azli,

Insyaallah,satu hari nanti anaknda juga akan dapat bertemu dengan yang lebih hebat.Beribu mereka di Haram , cuma belum sampai ketikanya utk bertemu dgn mereka.

Berilah salam kepada sesapa saja .Orang yang kita nampak lekeh,adalah terdiri dari orang2 istemewa.Mintalah ilmu ketuhanan dari mereka utk memperkemaskan tauhid kita.Utk memantapkan iman dan amal kita.

Oleh kerana azli senantiasa di Haram,maka pertemuan itu sangat mudah.Insyaallah,Allah akan izin kehendak azli.

Setiap ketika kita check diri kita.Banyak berselawat kepada junjungan Nabi saw.Tempat yang mustajab juga ialah di belakang Makam Ibrahim.

Wassalam.