Monday, October 19, 2009

HAJJAH WAFA & HAJJAH MIA



Cucunda Hajjah Mia (kiri) dan Hajjah Wafa (kanan) rasa kering tekak,nak minum air zamzam.Ibu Zura dan mama Milah sedang tawaf,depa tunggu kat sini.Kat Makkah depa dah biasa datang berkali2.Dah biasa dengan jemaah yang ramai.Sering mendengari laungan azan.Sering ikuti bersama jutaan jemaah bersolat.Depa tak gugup lagi.Tiada ada culture shock pada diri mereka.Bila di asuh dari kecil,minda mereka akan mantap.Nanti boleh bertutur arab dan inggeris pula.
Bila ibu dan mama selesai tawaf,wah boleh naik belakang abah mereka buat tawaf sunat.Tapi ingat pakai tudung,tutup aurat.OK, silalah minum.Airnya free.Air terbaik dalam dunia.Tok ki dan tok dah bawa balik airnya.
Malam 1 Syawal dulu kamu berdua berlari2 di korridor Sofwah.Abah kamu kata 'pijak rata-rata bukan senang nak berada di hotel mahal ni.' Gembira kami oldtimer melihat kamu berdua.Mia lepas tu nak pula ke tandas.Nak rasa juga tandas hotel mahal.Aduuuh,Wafa pula tertinggal kasut kat tingkat 22.Tergesa2 uncle Azli naik lift memungut kasutnya.
Dalam sekejap masanya kami terpaksa berpisah.Ikut hati nak semalaman bersama mereka.Kita sama2 takbir raya.Besok sama2 kita pi sembahyang eid mubarak ( kat mesia kita panggil aidilfitri) di Masjidil Haram.Kita bangun awal pukul 3 pagi,kalau lambat tak dapat masok masjid.Tunggu sampai subuh pukul 5 pagi.Tunggu lagi sampai sembahyang raya pukul 7.15 pagi.Kena bersedia lebih 4 jam untuk sembahyang raya.Kena bawa sebotol air,kot-kot hilang wudud.Nak masok mesjid pun susah,nak keluar mesjid pun payah.Jutaan manusia.Mesjid penoh,dataran mesjid penoh.Jalanraya dan lorong penoh dengan manusia.Tak tau di mana sutnya jamaah beratur.
Aku sudah tua.Adakah ini kali terakhir aku dapat panggilanAllah.Ya Rabbi ,Kau lebih memahami segala2nya.

4 comments:

cikgu mas said...

Salam ayahanda

bertuah sungguh dua gadis kecil ni,amboii kawan saya CL tu,pandai melayan budak kecik yer,pi punggut kasut little girl tu,kita doa dia (CL) dapat anak2 yg comel dan bijak macam Wafa dan Mia...Insyaallah..

NGINAP SRENGENGE said...

salam cikgu mas,

Kita sama2 doakan kesejahteraannya.Semoga Allah sediakan yang terbaik untuknya.

InsyaAllah.

Ummi Wafa (UW) said...

Salam Ayah,

Wahh kali ini, gambar anak ummi bersama Mia plak yang Tok Ki gantung kat dalam "umah"nya..hihihih. Terima kasih buat Tok Ki utk doa2 yang baik2 buat cucu itu, semoga doa itu dimakbulkan Allah. Ameen.

Betul kata Cikgu Mas tuu, semoga Cik Lie juga dikurniakan anak2 yang comel, bijak serta cergas. Eh CM, CL tuu dah ada calon ker...hihihihi saper laa yer yang bertuah tuu. :D semoga CL mendapat seorang suri yang solehah dan bertaqwa. InsyaAllah.

Semoga Tok Ki & Tok sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa dan diberikan kesihatan yang baik agar berpeluang untuk kunjungan Ramadhan 1431H yang akan datang. InsyaAllah

Wassalam

cikgu mas said...

Salam

tumpang lalu ayahanda sembang dgn ummi

cik abang tu,calon sungguh ramai,mungkin tak terpilih yg mana satu,bila dah jumpa jawapan soalan objektif,misi dan visinya insyaallah akan tercapai..