Friday, October 16, 2009

LATIHAN BUDI

Jangan pandang kebaikan yang kita buat.Terserah saja pada Allah.Kerana nikmat yang Allah berikan pada kita adalah lebih dari itu.Jauh subhanallah dari kebaikan yang kita buat.Tengoklah dosa yang kita buat ,banyaklah menangisnya dari ketawa.Jangan menangis kerana dunia,menangislah kerana Allah.
Agama menambahkan nilai pada sesuatu.Tanpa agama punah segalanya.Tercemar habeh komponen2 kemanusiaan.Tersadai habeh unsur2 kesejahteraan.Kegemilangannya luntur.Terbilangnya kering kontang.
Jangan pandang rendah pada dosa.Anggapnya seperti gunung besar akan menimpa diri.Jangan anggap seperti lalat hinggap di batang hidung.Taroh bimbang dalam diri.Yang boleh menangkis maksiat hanya taubat.
Astagfirullah,Astagfirullah,Astagfirullah.

3 comments:

Leenoh said...

Salam Cikgu.

Ya, memang betul ibadat kita tidak sebanyak mana, dosa kita pula entah berapa banyak.

Kita hanya mengharapkan sifat rahman dan rahim Allah dengan itu akan peroleh keampunan-Nya.
wallahu aklam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam leenoh,

Sebenarnya ibadat kita besar taik kuku pun tak dak.Ni cara orang kedah bercakap.

Kita cukup kerdil,kekadang debu yang berterbangan tu lebih mulia dari kita.

Berserahlah kita pada Allah.
Wassalam.

Unknown said...

Salam ayah,

Moga kami sekeluarga sentiasa di landasan yang betul. SubhanAllah.

Wassalam