Ini gambar bonda dan puteri2nya di KSA.Di sebelah kiri Zura ( Ummi Wafa ) dan Jamilah (Kanan).Yang kecil tu Mia.Wafa aktif sikit,lompat sana lari sini tak ada dalam gambar.Dari jendela bilik ini di tingkat 22 boleh tonton jemaah bertawaf di Kaabah.Inilah satu keistemewaan yang Azli hadiahkan untuk kami di malam eid mubarak.Thank you tidak terhingga.Di malam yang penuh syahdu inilah Allah pertemukan kami tanpa dirancang.Rupanya rancangan Allah dah ada ditanganNya.Dah ditentukan masa dan waktunya dan tempatnya.
Dalam sekelip masa mereka terpisah dari ayah,bonda dan Azli.Tapi meninggalkan 1001 kenangan.Kami bertiga terpinga2 kerana belum puas bermesra.Kami bertiga diam membisu di bilik lama Azli 728.Bonda menolong membasoh cawan2 minum sambil memerhati ketupat yang Azli sedang rebus.Itulah juadah yang Azli sediakan untuk ayah bonda untuk hari raya esok....menitis airmata mengingatinya.Ayah ajak Azli makan di luar , dan niat ayah pun Dsaji di tingkat bawah.Azli menolak dengan hormat kerana dia dah order 'chicken mandi'.Ayah malu nak menangis kerana dah tua.Tahan juga supaya suasana nak raya esok tak tercemar.Tak mau rasa sedih.Kan dekat dengan rumah Allah.Ayah,bonda dan Azli perlu gembira kerana saat sebegini dah tak mungkin ujud lagi.Lain kali caranya pun lain pula.Lebih2 lagi Azli sangat memerlukan kasih sayang ayah dan bonda.Dah 17 tahun tak beraya dengan ayah dan ibunya.Allah jemputkan kami berdua memenuhi impiannya.
Biarlah masa berlalu,biarlah impian memenuhi rasa,biarlah segala kisah riwayatkan detik2nya,tapi jangan biarkan iman tergadai dan jangan biarkan amal terbengkalai.
Kita akan melangkah setapak demi setapak menuju Illahi.Redhoi lah kami semua Ya Allah.Kami kerdil,kami lemah.Bimbinglah kami.Payonglah kami dengan kasih sayang Mu,Ya Allah.
8 comments:
salam ayahanda..
hampir menitis airmata sya menbaca entry nih..sesungguh nye ayah dan mak adalah insan yang amat mulia...dari cara pertuturan dan layanan yang ayah beri pada sya amat lah besar dan tak ternilai bagi diri ini...ayah dan mak telah berjaya membahagiakan sya dan sya berjanji tidak akan melupakan ayah dan mak..insyalah..sesusngguh nyer keikhlasan dan kejujuran ayah dan mak amat terserlah dari airmuka masingmasing..terima kasih ayah atas ingatan mu..doa sya pada ayah dan mak: YA ALLAH , KAU PERLIHARA LAH AYAH DAN MAK SERTA RAHMATILAH MEREKA BERDUA...BUKAK LAH PINTU SYURGA PADA MEREKA DAN AMPONILAH DOSA DOSA MEREKA..insyaalah..
mekasih ayah..
saya amat menyayangi ayah dan mak...percaya lah dari hati kecil ini
waslam
Salam
CM amiinkan doa sahabatku pada ayahanda dan bonda...tak putus beliau mengenang kasih ayahanda dan bonda
tingginya bahasa ayahanda dalam menilai ketulusan budi,benar kata pujangga orang berbudi kita berbahasa,orang berbahasa,orang memberi kita merasa...
yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang molek itu budi
yang indah itu bahasa..
CM ulangi kata indah ini...
Biarlah masa berlalu,biarlah impian memenuhi rasa,biarlah segala kisah riwayatkan detiknya,tapi jangan biarkan iman tergadai,jangan biarkan amal terbengkalai...
bahasa ayah sgt indah,saya selalu kesini,untuk menikmati keindahan bahasa...
Bahasa pak cha ni bukan sekadar mantap, malah penuh dengan kejujuran dan keikhlasan.
Selamat berkarya pak cha.
salam anaknda Azli,
salam cikgu mas CM,
salam jalaludin.
Terimakasih di atas lontaran doa...amin.
Allah memahami diri kita semua.Tanamkan iman dan bajai lah amal.
wassalam.
Salam Ayah,
Ameen, untuk doa yang CIk Lie panjatkan.
Bagai tiada kata yang dapat dicoretkan, yang pastinya kolam jernih telah membasahi papan kekunci ini.
terasa kebesaran Allah itu Maha Hebat. Begitu bertuahnya insan bernama Cik Lie. Kasih sayang yg 17thn hilang hadir dan mekar dalam suasana yang cukup bermakna. Moga Allah merahmati ayah dan bonda serta memberikan kesihatan yang sempurna. Ameen
Wassalam
Salam UW,
Anaknda juga disayangi ayah dan bonda.
Ayah/bonda juga rasa bertuah diatas kurniaan Illahi.Di Bumi Bertuah,Di bumi Barakah ,Di Bumi Anbiya',Di Bumi para sahabat,Tanah Suci yang hidup dengan zamzamnya dan Kaabahnya menjadi saksi keikhlasan dan kejujuran kita bersama.Alhamdulillah.
Tatapan kasih dari ayah/bonda.
Salam Pak Cha & Mak Wan.
Untuk pengetahuan semua saya sebenarnya kenal blog Manzlie melalui Blog Nginap-srengenge, beliaulah yang memberitahu saya tentang kebaikan blog Manzlie dengan tidak membuangkan masa saya terus mencari blog Manzlie dan jumpa, sejak hari itu sehingga sekarang saya mengikutinya.
Saya diberitahu bahawa blog itu amat sesuai untuk saya baca, mungkin beliau menilai berdasarkan isi kandungan blog saya...memangpun amat sesuai dengan saya kerana ada gambar-gambar yang dapat saya minta untuk dimanfaatkan ke jalan Allah.
Sehingga kini saya banyak menggunakan gambarnya sebagai daya penarik, muqaddimah dan dakwah di dalam blog saya.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada cikgu ( Pak Cha )dan Sdr.Manzlie.wassalam
Salam leenooh,
Kita sama2 hamba Allah.Tak sesuatu habok pun kepunyaan kita.Semua dariNya dan akan kembali kepadaNya kesemuanya.
Cuma keegoan kita memusnahkan darjat hamba.Perhambaan kitalah sebenarnya darjat yang tertinggi.Saudara pun dah maklum semua ini,saya tau saudara lebih ariffnya dari saya.Tapi nak buat bahan bercakap dan berdakwah.
InsyaAllah kita manfaatkan apa yang kita ada ke jalan Allah.
Wassalam.
Post a Comment