Saturday, October 10, 2009

HAJI LALAT


Kita boleh lakukan tamatuk,ifrad dan kiran bila berhaji.Masing2 ada keistemewaannya dan caranya.Disamping itu kita kena belajar lagi ada berbagai2 martabatnya pula bila berhaji ni,yang jarang2 orang belajar.Ada martabat haji jahiliah,haji solihin,haji para ambia,haji martabat rasulullah dan ada juga martabat haji lalat.


Aku cuma nak ceritakan jenis haji lalat.Martabat ni yang perlu kita singkirkan dalam diri.Aku mendapat didikan ni semasa aku dalam Raudoh di Madinah 20 tahun dulu semasa aku mengerjakan haji.Seorang alim mendekati ku dan mengajar ku.Singkatkan cerita , dia kata bila pulang nanti jangan jadi Haji Lalat.Maksudnya jangan menceritakan benda2 yang tak elok yang Allah paparkan pada kita semasa di Makkah dan Madina.Segala keburukan,peristiwa2nya,manusianya,makan-minum kedudukan rumah2 dan serba mak-nenek.Jangan ceritakan benda2 busuk ni.Lebih2 lagi kata Arab ni terok dan sepertinya.


Ceritakan benda2 yang enak dan senantiasa memuji kedua tanah suci.Yang tak baik yang Allah paparkan itu adalah untuk kita memperbaiki diri dan bukan untuk di umumkan.Dia jelmakan benda2 yang tak elok cuma untuk menginsafkan kita,mengambil iktibar darinya.Ini juga satu kaedah pendidikan Allah pada sesapa saja.


Wallahuaklam.
Gambar di atas ialah timba untuk mengambil air zamzam........ini cerita dulu2

4 comments:

amirul abdul majid said...

salam pak cha
terima kasih dgn cerita2 menarik dari mekah
saya kat sini sihat2 saja bersama isteri
cuaca mmg berangin kuat kat sini..x sama mcm pekan sik kita
insyaAllah..saya selalu baca blog pak cha..sambil cari2 cerita pasal mak mah dan pak jid
wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam,

Mak Mah /Pak Jid OK . Kami oldtimers ni dah masak dengan hidup.Cuma la ni bertarong utk menghabiskan baki2 umur yang tertinggal.

Jangan bimbang pasai mati , itu dah pasti.Ia syarat utama untuk menemui Allah.Everybody have to face the road.

Wassalam.

Lisa said...

Assalamualaikum, terima kasih di atas ingatan. Semoga Pak Cha dan Mak Wan sihat sejahtera.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Ocean Girl,

Alhamdulillah semua sihat.
Thank you for the doa,semoga anaknda juga sama2 sihat.

Take care.
Wassalam