Friday, October 16, 2009

MAKA DUNIA PUN BERHUJJAHLAH.

Dunia sekarang dunia berhujjah.Masing2 nak berhujjah nak menegakan kebenaran.Nak juga menegakkan kemungkaran tu bukan kemungkaran.Nak menegakkan kebatilan itu juga kebenaran.Nak menegakkan benang yang basah.Tak mau mengaku salah.Kalau pun begitu berhujjahlah dengan al-quran dan hadis.Tapi sebaliknya guna akal manusia yang tak sudah2 mengundang malang.Pikiran manusia terbatas.Pikiran manusia perlu dibimbing oleh ilmu Allah.Sumbernya Al-quran.Akal intellektual terbatas,biarpun PhD nya berjela2 dari universiti yang berjela2.
Kekadangnya al-quran ada di dada orang zalim.Dia boleh menyesat banyak orang.Dia berhujjah cuma mencari habuan dunia.Dia berhujjahkan al-quran supaya orang menghormatinya.Dia berhujjah supaya orang2 bodoh mudah mengikutnya.Tidak ada ikhlas dalam dirinya.Dia memiliki ilmu bukan untuk beramal.Dia sanggup dengan kebolehan berhujjah dengan orang yang benar2 alim.Supaya orang kata dia lebih alimnya.
Oleh itu perhati2lah,jangan biar agama kita diniagai.Agama kita bukan barangan.

5 comments:

Unknown said...

Salam ayah,

Antara tanda-tanda dunia akhir zaman. MasyaAllah. Ya Allah, Peliharalah bumi Malaysia dari tangan-tangan durjana Ya Allah. Semoga PRU13 membawa perubahan yang besar. InsyaAllah.

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Insyaallah ummiwafa,

Kita boleh tewas dengan tipuan,bohongan,kewangan,isu2 kejutan.

Rakyat kita tak celik politik.Tapi ustaz Azhar Idrus dok pulon kat T'ganu.Dia pandai memikat anak2 muda.Sayang kat T'ganu , negeri kaya rakyatnya miskin.Kelantan negeri miskin,rakyatnya kaya.

Wassalam,kita doa,itu senjata kita.

Anonymous said...

Kedah pulak, negeri miskin. Rakyatnya juga miskin. Betul tak pak cha??

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam.

saudara anonymous,
Memang betoi
Kedah miskin,rakyatnya pun miskin,tapi berasnya banyak.

Tak mudah lapar.Makan nasi dengan garam pun boleh.Umno buat projek habeh timbus bendang.La ni MB Pas dah stop kegiatan firaun tu.Dan dah turunkan cukai tanah.Had membazir tu dia sekat,sesuai dengan inspirasi Islam.Rakyat had berkarat masih tak sedar2.Itu masaalahnya.

TQ for visiting my blog.

Anonymous said...

Akal hamba tak sehebat akal pencipta. Tapi hamba tetap mahu menggunakan akal dan rasionalnya sendiri. Itulah punca dunia jadi kelam kabut.