Thursday, October 8, 2009

MIA DAN WAFA

Semalam aku tidoq tanpa nyenyak.Fikiran ku masih lagi kat Makkah.Kata anak anda UmmiWafa mengambil masa 2 bulan sekurang2nya baru boleh hilang sikit ingatannya..Itu katanya dalam chit-chat bersamanya di laman blognya.Teringat2 pada cucu ku di Yanbo;Wafa dan Mia.Pertemuan pertama kami di malam yang penoh syahdu di dekat kiblat cukup mengakrabkan perhubungan kami.Ibu2 mereka Ummi dan Jamilah,bapa2 mereka Nizam dan Nikhan dipertemukan Allah di Hotel Sofwah.Di bilik anakanda Azlie.Dalam sekelip mata hati berdetik nak ku dakap dan ciumi wafa dan Mia.Tapi itu kali pertama pertemuan kami.Cuma isteriku saja yang menciumi mereka.

Mereka dua keluarga datang dari Yanbo,Madinah.Bekerja di sana.Malam tu bertemulah kami 4 orang bloggers di Tanah Suci.Pertemuan singkat yang di atur Allah cukup memberikan aku sebagai oldtimer ( ini kata Nikhan ) satu perasaan yang cukup bersyahdu.Seperti Azlie mereka juga aku martabatkan sebagai anak angkat ku di KSA (Kingdom of Saudi Arabia ).

Sayangnya kami tak sambut Al-Mubarak ( kita sini panggil aidilfitri) bersama.Cuma aku dan isteri bersama Azlie beraya di bilik hotel Sofwah.Kami 3 beranak menjamah ketupat persediaan Azlie.Isteri ku cuma membawa samprit bekalan dari rumah.Tapi Alhamdulillah dapat juga menjamah juwadah pemberian Tan Sri Sanusi Junid.Sayang sekali aku tak dapat bertemu Tan Sri.Dia kawan persekolahan ku di Special Malay Class.Insyallah akan kami dapat bertemu kembali di sana.

Wassalam,jumpa lagi.

3 comments:

Ayah Zain said...

sALAM Ayahanda,

Insya Allah, selepas ini akan nyenyak lah tidor ayahnda tu. Saya dulu balik sahaja daripada umarah terus masuk ward kerana maslah curbancle.

Bila selalu masuk PDKM dan sekarang ke blog ayahanda, bertambah rindu lagi dengan Makkah. Entah bila boleh dapat ke sana lagi.

kalau senang2 masuklah dzaroy.blogspot.com. tak ada pa yang special kat blog saya tuh.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam Ayah zain,

Insyaallah bila rasa teringin tu tandanya dah dekat.Bersedialah masanya akan tiba.

Bukankah masa kita rasa nak kawin dulu,terus saja cari tunang dan berkahwin.Ini pun lebih kurang sama.

Ayah akan menjelajah ke semua rumah ahli PDKM.Tadi pi update streamyx di kedai TM.Ambil pakej yang laju sikit.Hari tua ni kerja lain tak ada.Berdakwah melalui internet.nak buat kerja lain dah kurang mampunya.

Tulis saja apa saja yang memberi manfaat.Itulah specialnya.

Wassalam,jumpa lagi.

Unknown said...

Salam ayahanda,

Jika nenda di tanahair masih sukar untuk pejamkan mata, cucuanda Wafa di bumi kontang pun masih sukar untuk mengaturkan waktu tidurnya. Sudah 6bulan kami dua beranak bermastautin di Yanbo'. Keadaan Wafa masih tak menentu.

Walaupun pertama kali beraya di perantauan tanpa emak dan ayah. Kesedihan dan kepiluan itu terubat jua, lantaran pertemuan ayahanda dan bonda di rumah Cik Lie. Walaupun hadir untuk seketika cuma, jelas terpancar kasih sayang seorang ayah dan bonda.

Perkenalan yang terbina bersaksikan kiblat yang satu pada malam 1 Syawal yg penuh syahdu menjadi titik tolak sebuah ukhuwwah yang bersimpul padu. InsyaAllah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjadikan kami sebahagian dari anak dan keluarga ayahbonda.

Wassalam

* pembetulan untuk nama Nikhan, bukan Nikhan tapi Zikhan.