Manik2 iman seperti juga manik2 embun menghiasi cantik setiap bunga dan dedaun di waktu pagi.Jagailah supaya tak hilang lenyap dikerkah kepanasan mentari.Jagailah iman supaya tak dinodai oleh kejurnadaan yang menghimpit hidup.Kemungkinannya tak menentu.Kemungkinan berada di mana2 saja.Jangan mencari kebahagian di atas susah-payah orang lain.Carilah kebahagian dari kesusahan diri sendiri.
Ramadhan baru berlalu,dan haji akan bermula.Satu lagi agenda hidup kita.Jiwa kita tak kan mati.Cita2 kita tak kan gersang.Manik2 luhur mencucuri di Tanah Barakah.LABAIKALAH HUM MALABAIK.
2 comments:
Salam Pak Cha & Mak Wan.
Betul kata cikgu kita kena cari kebahagian hakiki. Jangan cari kebahagiaan jenis musang berbulu ayam kerana kelihatannya kebahagiaan tetapi sebenarnya kenerakaan.
Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita.
SALAM LEENOOH,
Lebih2 lagi kita golongan tua ni kena sokmo check diri.Orang muda pun sama juga tapi pengalaman hidup depa masih sikit.Liku2 hidup yang cantik dan hudoh belum banyak depa tempohi.Asam dan garam hidup tak sama yang kita lalui.
Kini asam dan garamnya dah tiada.Kemewahan dunia memberi mereka kemanisan saja.Semua manis2 belaka.Kemewahan dan kesenangan boleh melalaikan jiwa.
wallahuaklam
Post a Comment