Sunday, October 18, 2009

TO BE OR NOT TO BE..........comfortability

Assalamualaikom,

Sehari dua ni jari-jemari ku rasa lesu dan malas nak mengetik2 dan menari2 di keyboard.Dan bila dah balik ke tanah air ku rasa dunia terlalu pantas cuba nak mempengaruhi ku , cemburunya ia kerana di Tanah Suci tak sebiji habok pun nak ku pikiaq2 yang bukan2 selain Allah dan rasulNya.Di Rumah Allah dengan bimbinganNya Jemaah2 terpelihara dari juzuk2 dunia yang boleh mengalpakan kita.Kita tak tolak dunia,tapi dunialah juga kita gomoikan untuk kepentingan akhirat.Tanpa dunia,tiada akhirat.Proses dunia dan akhirat harus di harungi oleh setiap insan.Di dunia kita tak akan mendapat comfort zone.Tidak ada yang boleh memuaskan kita,lepas satu,satu pula di uji.Hingga mati tak dak manusia yang rasa comfort dan puas.Nak lagi dan lagi.Pahamlah bahawa di jannah Allah saja yang memastikan kepuasan kita dan comfortable kita.
Wallahuaklam.

2 comments:

Unknown said...

Salam ayah,

Ketika diri berdampingan dan sangat hampir dengan sang pencipta, semestinya agak sukar untuk makhluk-NYA yang "bertanduk" yang telah menoktahkan janjinya untuk menghasut anak cucu Adam a.s sehingga kiamat,berbisik dan menggoncang hati serta naluri kita dalam mengikut telunjuknya untuk berbuat kemungkaran dan meninggal segala amalan kebaikan. Hanya Istiqhomah dalam beribadat dapat menjauhkan diri kita dari bisikan2 jahat. Astharfirullah.

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam anaknda,

Memang benar kata2 anaknda.