Wednesday, June 30, 2010

PETANG TADI IKUT KULIAH MBA

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Petang tadi ikut kuliah MBA bersama AJK Pasar Mini RG......segala selok belok perniagaan....dan approach moden dalam perniagaan....semua ini perkara baru bagi aku.....it was zero in my head.

Anaknda Azli,putera Wakil Parlimen Sik ( Cikgu Uda ) memberi feedback pada kami.....banyaknya aku tak tahu...ingat senang macam Grup Toyota mai pagi tadi nak juai Vios.....rupanya sulit,sebab tu ganjarannya tinggi.....Datuk Dr.A.Razak pun ada bersama.Berbaju pink tu Azli dan berbaju biru tu ialah Datuk.

Bermacam2 aku tak tau....nanti kena rujuk Pengurus Kak Ju.......malu bertanya sesat jalan.Tak pernah aku belajar ilmu ini...........kalau nak berniaga untuk akhirat lebih mudah.......ada iman dan Islam sebagai modal.


Depa 2 orang ni memang terror dalam perniagaan.........dan depa berijazah perniagaan.Harap sangat depa boleh membantu untuk kedai anak2 yatim ni.........moga mereka dapat sama keuntungan dunia dan akhirat.........di kiri tu Kak Ju dan Kak Haziah di kanan.



Cikgu Shafie ( dulu pernah Pak Lah dok cari dia ) berdoa memohon sesuatu dari Allah.




Selepas kuliah kami dijamu oleh Kak Long ( Ketua Warden).............apa tu ? Mee goreng mamak...oh sedap , aku tambah 2 kali.
Saalam melebar senyum...........srengenge teringat mamak berniaga mee di Penang Road.






GRUP TOYOTA UMW mai tengok VW

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Anaknda Syamsul dan grup Toyota UMW dari Sungai Petani mai buat suprise visit.Nasib baik ada kat umah,kalau tidak melepas............mai tengok Iskura ku.
Cuba tengok tu , semua berminat........nak tukar dengan Vios yang depa bawa tu.....hai tak lah aku rela.......nanti gila talak la.........

Inilah tawaran mereka sebuah Vios baru 80K harganya..........cantik.....sesapa nak beli buat tempahan melalui srengenge........boleh dapat special price.


Mai secara suprise......boleh makan pun secara suprise..........laksa semalam ada lagi.
Thank you for coming.
Salam melebar senyum..................srengenge termimpi juga vios tadi.



ALIF DAN ZAHRIN

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Semalam selepas Isyak Ustaz Zahrin dan Ustaz Alif berkunjung ke rumah srengenge.Hati berasa sejuk melihat orang2 muda mencintai agama............Aku pun perlu mengumpul kekawan yang muda2 kerana kekawan yang sebaya aku dah banyak meninggal.....yang ada pun dah kehilangan kesihatan.Tak berupaya lagi kami nak interaksi secara kerap.....aku pun dah masok golongan 3 selinder.
Berseri wajah2 mereka............wajah orang beriman.....Alif dikiri dan Zahrin di kanan.Alif berasal dari Selayang,Selangor.Zahrin dari Selama ,Perak ( negeri rampasan kuasa).Tempohari aku bertemu dengan mereka di Pasar Mini Anak2 Yatim.Seronok bersembang .Tajuk kami kepelbagaian......dunia dan akhirat.
Salam melebar senyum........srengenge rasa lebih muda

Tuesday, June 29, 2010

PENAT BEKERJA,MAKAN TAK LAJAK

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Bila badan letih bekerja,makan pun tak lajak.
Lepas kena sepinggan laksa,perut cepat jadi sarat.

Lauk terebok bakar dan ayiak asam pun jadi tak terlioq..............cuma tarik bantal dan terus berdengkorrrrrrrr...........zzzzzzzzz
Salam melebar senyum................srengenge bermimpi di siang hari.


KEJAR DUNIA,KEJAR AKHIRAT

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Bukan senang orang tua macam aku ni nak kejar dunia dan akhirat.Keletihan menjadi2.Nak lupakan seterus dunia pun tak boleh.Cuma kena jaga niatnya....insyaallah ,mendapat nusroh dari Allah.
Pokok getah pun ada ubat penggalaknya..........dan aku pun perlu juga galak beribadat......ubatnya ,zikirullah

Ni 5 botol nak di sapukan ke batangnya.



Ni pula baja pokoknya......dan harus ku bereskan sebelum puasa ni........sebulan Ramadhan nak releks......kalau ada rezeki boleh pi Makkah....releks di sana.
salam melebar senyum................srengenge membajai jiwa dengan zikirullah.


Monday, June 28, 2010

SNAPS AT RANDOM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni tergiler2 nak pi Pasar Mini Anak2 Yatim........kalau usia masih muda dan tenaga pun masih kuat dah pasti aku tak lepas peluang bermanfaatkan masa di sini.
Jumpa silent reader blog srengenge..........yang termuda,baru dalam tingkatan 1.Bertanya aku bagaimana nak baca older posts.......cerdik budak ni,anak Seri , cucu Tok Mekong.........minat cakap arab........anta pasti suka tengok gambar anta dalam blog ni...nak besarkan gambar sila klik dan zoom.

Kemudian dua orang ustaz dari pondok Ar-Rahmaniah datang nak beli barang......terima kasih ustaz,sila datang lagi...depa kenai srengenge,cuma aku tak kenai depa......maaf yer.



Srengenge pun beli juga setin snacks...............membuat kawan si ayiak teh.


Mak Wan nak posing dengan cashier .




Di rumah ada orang mai..............dari rumah gemilang Putera.





Kak ngah pun mai..........tunggu sat na....yang seorang lagi tu Encik Azahari,Ketua Kampong Namek Tua..........sembang2 dulu pasai Kay komputer.......Kah Ngah kenai sangat dengan kay komputer.





Ohhh.......Kak Haziah pun ada,Kak Long pun ada,Adik saadiah pun ada....borak2 sama Encik Azahari.........sat lagi kita minum2,snacks pun baru saja beli.
Salam melebar senyum.................srengenge snap sana,snap sini at random saja.































Sunday, June 27, 2010

MENGINTAI KELUAR.........

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Inilah percubaan pertama ku bermain kamera..........seperti komputer juga aku belajar sendiri2.Dan seumur hidup ku juga tak pernah bermain kamera......zaman ku dulu tak dapat kemudahan ini.Lebih2 lagi hidup ku miskin,keluarga ku miskin...Aku bersama Lahuma dan Jeha,juga bersama jutaan rakyat lain,hidup kais pagi,makan pagi.Mana kami nak pikiaq : makan ataupun kamera.Malah tak terlintas dalam sanubari kami nak bermain kamera......kini dah hampir ke lubang kubur,baru Allah memberi kesempatan.....alhamdulillah.


Ini percubaan ku kalmarin di pasar mini anak2 yatim RG..........."mungkin gelap tapi biar diluarnya cerah"..........memberi makna yang tersendiri.



"Kefahaman keduniaan yang melampau membawa padah.Terlalu taksub dengan dunia yang melilit iman dan akal.Kelazatan dunia yang sedikit dirasa cukup enak menodakan nafsu menjadi ganas dan lupa daratan.Lupa kepada Maha Pencipta.Menjahanamkan alam sebelum dijahanamkan.Hingga terjerumus dengan neraka jahanam.........nauzubillah."
Lihatlah.......cerahkan diluar sana........
Salam melebar senyum...........srengenge minta redho Allah,supaya cerah diakhirat.

Saturday, June 26, 2010

SURVEY 6.00 PETANG d PASAR MINI RG

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Jam 6.00 petang pi buat survey kat pasar mini RG...........alhamdulillah masih ramai pengunjung yang datang membeli.
Hai cikgu Zulkifli pun ada...........orang jauh dari PPD Baling....apa yang direnung tu cikgu ?

Ustaz......dari carok Tok Uban,mai nak beli beras.


Kakak2 ni sedang memilih barang........terima kasih kakak ....beli lah untuk membantu anak2 yatim.



Kak Ju sedang melayan pembeli.




Aduh......ayah Man dari 'Singapura' ( Sungai Pau) pun ada.Nak beli apa ayah Man ? Ibunya tentu memesan sesuatu.Tu yang handsome tu Pak Tam.





Ni Pak Tam dah mula memilih barang.
Terima kasih pada semua yang memberi sokongan kat Pasar Mini Anak2 Yatim ni.
Salam melebar senyum...............srengenge riang-ria membuat survey.






CUCU SAUDARA SEPUPU

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni cucu saudara sepupu datang.Segenit ni petah bercakap dan pandai bercakap.Pandai pula bercerita,itu dan ini.Bila mai ke rumah ku tak mau berlama,kerana sunyi dan tak ada kawan.Sekecap saja dah ajak tok wannya balik.Katanya,kena balik cepat ,kerana abahnya nak bawa pergi ke Baling.Bermacam alasan diberinya.
Ni dia sicomel ni.Namanya liza ke, Miza ke .....aku dah lupa.Puas memujuk tinggal di srengenge,tak nak dia.


Tu pun dah panjat moto tok wannya,nak balik cepat,nanti abah nya tertunggu pula.Srengenge sunyi dan sepi,hanya sesuai untuk orang tua.Hanya sesuai untuk beburung dan biawak kabok.Hanya sesuai untuk babi hutan di waktu malamnya.Bila malam bertambah malam,terlena sendiri memejamkan mata.Berdengkor memenuhi ruang.
Salam melebar senyum............srengenge menyunyi,cuma menanti kegembiraan di surga dengan redho Allah.

Friday, June 25, 2010

SEBUAH DRAMA d MUSIM WORLD CUP

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Aku pi jumpa mekanik untuk buat tuning-up.Seorang mekanik muda.Dia tau iskura tu aku punya dan dia belum kenal iskura tu lebih dekat tentang keluarbiasaannya.Mai kita dengar dia berdialoq dengan iskura ku.Benar tapi pelek.....jom pi dengar.


Mekanik : alamak………mana enjinyna ?
Kena curi ka ?

Iskura : Pasai curi jangan heran.
Enjin kapai terbang pun depa curi.
Kini 1Malaysia bukankah ?


Mekanik: Hang jenis kura ni boleh menyelam tak?



Iskura : Jangan heran 1Malaysia.
Kapal selam pun tak boleh menyelam.
Dan sekarang kapalterbang pun beli tanpa enjin.


Mekanik :Eh kau tengok bola world cup ?


Iskura : Cheh…..tak guna…..macam main judi.


Mekanik : Tengok saja la.


Iskura : Baik tengok aku lawan lari 100 meter dengan kancil.


Mekanik: Niiiii….lepas judi bola berlesen nnniii,katanya 100 ulamak nak join
Ameno,betoi kah ?.


Iskura : Betoi……itu bukannya ulamak,tapi ‘ular dalam semak’.


Mekanik : Eh….aku buka belakang kau…..kot ada spare-enjin.


Iskura : oh no,oh no…..jangan main belakang…bahaya.
Nanti depa charge hang liwat….sekarang 1Malaysia pun cukup hebohpasai juboq
ni.. ……..seram bulu roma ku.


Salam melebar senyum...............srengenge cuma senyum kambing.

Thursday, June 24, 2010

PUTERA RG DITAWARKAN KE UiTM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Alhamdulillah.....hari ini seorang lagi dari RG ditawarkan ke UiTM.
Adik Solahuddin bin Md.Salleh ditawarkan ke UiTM,Sungai Dua,Pulau Pinang dalam pengajian Pengurusan Perniagaan.......tahniah diucapkan.......... semoga berjaya.
Setakat ini dah 2 orang yang mendapat tawaran.........AJK Rumah Gemilang berbangga diatas kejayaan mereka.
Salam melebar senyum...............srengenge ingin semua mendapat kejayaan.

Wednesday, June 23, 2010

PASAR MINI ANAK2 YATIM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Alhamdulillah RG berjaya membuka kedainya pada selasa 22 Jun.Berkat kegigihan semua pihak membuahkan hasilnya.....Moga rakyat Sik dapat membantu anak2 yatim dengan membeli barangan mereka di sini.....sambil membeli sambil menderma.
Pihak pengurusan sedang membuat kerja rutin......gigih depa ni.Doakan Allah juga memberi ganjaran yang setimpal di dunia , lebih2 lagi di akhirat.

Selamat datang.....ahlan wasahlan.........9 pagi ke 9 malam......it is 929.


Kereta 'Is-Kura' ni pun nak mai beli barangan.....ini bukan kereta,ini volkswagen.....RG tak jual VW ni.


Cuma bahagian sisi ni yang belum siap........sabar
Salam melebar senyum.............srengenge bukan towkey mydin.



Tuesday, June 22, 2010

SRENGENGE SOCCER XI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ini tiada tetamu datang , aku rasa kesunyian pula.Mendongak ke langit,merenung ke bumi , tiba2 anaknda Zulkifli mai jemput aku pi ke stadium bola.Kan ni musim bola.Tapi kali ni aku tak giler lagi macam muda2 dulu.Zul nak bawa aku pi bersama motor roda tiganya.Aku setuju kerana aku belum naik motor jenis OKU ni.
Ni dia......cantik motor jenis ni.....kan sesuai untuk orang tua macam aku ,buat pi mesjid........bisa saja dipasang kat motor buruk ku.......tak payah nak jatuh.

Sampai di stadium bertemu dengan En Bahrain............En.Bahrain ialah Jurulatih dan Pengurus Pasukan 'srengenge soccer XI'.Keluarganya ialah keluarga sukan.Bapanya En.Basir Baharom ialah all-rounder semasa bersekolah dengan ku di Ibrahim School tahun 50an dulu.


Inilah pasukan 'srengenge scoccer XI'..............Zulkifli ialah ketua pasukan dan adiknya Zubir menjaga disiplin pemain.Jad berdiri no.3 dari kiri,ialah pemain impot.



Tu mereka sedang rancak berlatih.....katanya mereka akan bertemu juara dunia nanti....Masing2 memilih Brazil..............selamat berjaya.
Salam melebar senyum..............srengenge pun jaguh sukan juga.