Wednesday, June 16, 2010

JEJAK KASIH D KEPALA BATAS

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Kesempatan berada d Kepala Batas,aku dan Mak Wan rancang membuat jejak kasih ke rumah bekas guru kami semasa d Ibrahim School,Sungai Petani.Mereka berdua ni ialah the most ideal couple di masa tu hingga kini.Dah 50 tahun kami tak menemui depa,cuma ikut berita2 yang kami dapat dari kawan2 saja.Mereka berdua ialah lulusan dari Brindsford Lodge,England.Lepas tu sambung lagi kat UM.Pernah bertugas d Kementerian Pelajaran sebagai pengarah.
Rumah depa yang mana satu ni kami nak pi ?..........rumah cikgu Ahmad Shakir bin Haji Othman.
Tu berdiri nombor 2 di belakang.....kan handsome dia ? Terakhir menjawat pengarah buku2 teks di kementerian
Baik ku perkenal depa guru2 ku : Wan Othman,Ahmad Shakir,Lim Tiek Jin,Chin siew Fong dan Olievero.
Yang duduk tu ibu angkat ku TS Nayar ( guru bahasa inggeris), KK.Koshy ( guru matematik....my favourite teacher and my favourite subject) dan Mrs.Lim Chin Ghee.Semua dah mendiang.

Ni ... yang mana pula isterinya............Baadiyah binti Haji A.Manan.......very sweet young lady....eh..eh tak kenal ni.
Tu ....yang berdiri ditengah tu.....diapit sebelah kiri oleh A.Aziz Hasbullah,Puan Noorain.Sebelah kanan oleh Mrs.Siniah dan Fong khay Kwan.
Di depan tu Pak Noor Ibrahim,SA.Bakar dan Mrs Kok Swee Hong.
Terakhir Kak Baadiyah bertugas sebagai Pengarah Pelajaran di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Sesampai saja Mak Wan nak bergambar di depan rumah cikgu Ahmad dan Kak Baadiyah (itu yang kami panggilnya).....tersergam indah rumah mereka.Bersih,nyaman berwarma ice-blue......rumah antik yang dijaga cukup rapi.Dua orang gadis tu dari RG yang kami bawa.
Memeberi salam.........depa tidak ada d rumah.....pi KL kata salah seorang jemaah yang keluar dari masjid.....hampa juga kami.....kami redho dengan ketetapan Allah.



Tengok ni rumah depa.Cantik dan bersih.Sejok mata memandang.Tentu di dalamnya lebih indah lagi...............sejak tua ni macam mana pula wajah mereka..........berlegar2 imej2 mereka di kepalaku.




Ni pula bahagian belakang.....dapor......ada pintu gate sempit untuk keluar-masuk.Kalau depa ada sudah tentu nak minum2 di sini.
Kami doakan semoga cikgu berdua berada dalam penoh kecintaan Allah.
Insyaallah,dapat kami bersua mereka nanti.
Salam melebar senyum.............srengenge came , srengenge saw , srengenge went.





3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

ssaya doakan agar disuatu hari nanti ayahanda dan mak wan akan bersua dengan cikgu ahmad
Insyallah

Wassalam

ijoi said...

Salam ayahanda
Seronok bila kita bersua cikgu, rakan lama. Macam2 cerita.

Ayah, buat satu ruangan BI utk ksmi belajaq. BI pun hak Allah jua. Segala di bumi dan di langit kepunyaan Allah

Anonymous said...

salam pak cha dan mak wan..
puan Badariah tu bekas guru besar saya ..dia pernah menjadi pengetua sekolah tun fatimah jb sebelum bertukar kekementerian pelajaran..