Sunday, June 6, 2010

KINI KENDURI DI SRENGENGE PULA


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Banyak orang kawin musim cuti sekolah ni.
Di srengenge pun ada majlis kenduri kawin.

Ni dia tuan rumah kenduri.....Pak Cang ( Hassan)....Pernah jadi anak murid ku semasa di Sik English school.......Cukup takut kat cikgu bangsa India.......hampir tak mau bersekolah kerana takut pada cikgu Gurusamy.Pasainya di Sik waktu itu tak dak orang India.
Dia sedang beralas perut...........

Perut kenyang baru boleh buat kerja.........hai,seronok dia nak boleh menantu.Tahniah.


Kerja masak-memasak dibuat secara gotong-royong.Ni tukang masak nasi.....masak dalam talam tau......12 talam boleh di masak dalam 30 minit.........masak secara kukus.



Tengok tu dah bersedia di kukus.





Di kukus menggunakan peralatan APOLLO.




Ni pula bahagian membuat gulai






Orghang perempuan pun ada bahagian memasak lauk.......girang tengok Kak Nab dan Kak Yah sedang memasak ayam goreng.







Bergotong-royong membuat persediaan memasak.








Ehh......dapat berjumpa member sekapai.Datang dari Burmah Road,Pulau Pinang.Mesti ada banyak cerita dari seberang.Nasib baik dah tak ada sireh dan pinang.....kalu nanti mercik ayiak lioq.........beliau ialah En.Haniffa Ahmed.










Ni pun kawan lama juga.............cikgu Man dan Ustaz Dahalan.Ustaz Dahalan ialah orang tua yang paling handsome d Sik.

Salam melebar senyum...........its srengenge.






5 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

seronok cuti sekolah ni
musim orang kahwin
dapat jumpa kawan2 lama
Alhamdulillah

saya belum pernah tenguk nasi kukus macam apolo tuuu
tentu enak rasanya

kalau warga PDKM datang
boleh ayahanda show kat kami
he he

Wassalam

Atikah said...

Salam Ayahnda...

Moga ayah n mak sihat hendaknya...

pertama kali tengok cara masak nasi kukus guna talam...

Idalara said...

Assalamualikum Ayahanda..(teringat ayahanda di kg)

meriahnya bila ada kenduri di kg...saudara yg jauh jd dekat..yg tk kenal boleh berkenal2..kdg nk jumpa ms raya pun tk sempat..ms kenduri ginilah dpr berramah tamah..

ps pertama kali tguk masak nasi atas talam dn dikukus gitu..sgt unik!!

manzlie said...

salam from Makkah


bestnyer ayahanda....suke tengok gotong royong camtuh...


waslam

nadz said...

Assallamualaikum Bapa,

Banyak sungguh jemputan kenduri musim cuti ni. Nasi kukus macam tu memang istimewa. nasinya pun cantik masaknya. Di Changlun kat kampung Napoh saya dah tengok orang kampung masak macam tu..