Friday, June 18, 2010

THE BEAUTY IS ITS REALITY

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Sejak CL dan Nazir hinggap di srengenge tanggal 31 januari lalu,rumah ku tak pernah sunyi dari pengunjung yang tiba..........membawa banyak berkat...lepas tu Kak S & abang Megat.....lepas tu Az dan familinya....lepas tu Kak Shidah /Abg Zak dan family......lepas tu Hanis dan Atikah...lepas tu ijoismat dan family........dan aku dah lupa,maaf kalau tak disebut.Hingga hari ni,cuma kurang dari studio PDKM.Dah 100 ke studio PdKM.....alhamdulillah.


Hari ni Kak Limah isteri Pak Mud datang dengan cucunya.Pak Mud dah 8 tahun kembali ke Rahmatullah.Aku dan arwah suka bermain dalam hutan ....memburu......tentunya di bukit srengenge.Pelandok,landak dan burung punai menjadi buruan kami.
Tu Kak Limah dan cucunya....pernah berjiran dengan kami.Pindah selepas tanah mereka di ambil untuk projek Pekan Baru Sik.Tengok meja usang di belakang tu........ia buatan pak Mud pada tahun 1960,dia hadiah untuk ibuku kerana meminang Kak Limah untuknya.Aku simpan dan aku bawa keluar bila dia mai sebelum Jumaat tadi.Irama nostalgia memenuhi ruang ingatannya.
Indahnya di waktu lampau. Cucunya ingin bergambar di sisi meja tu...........baru hari ni dia tau cerita di sebalik meja itu........kenang dikau dalam doa kami..........that is the beauty in its reality.
salam melebar senyum.............the beauty is beautiful....beautiful in its reality.....only in srengenge.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Frankly speaking,the best is getting better and better.Congratulations!!! Wassalam.

aznaz said...

salam from Makkah



so touching your story dad...

"evergreen ever lasting..."


regards..