Sunday, June 13, 2010

DI DATARAN MESJID AL-JAMIUL BADAWI....PART 1

Dengan nama Allah , 99 semuanya


13 Jun,separoh harinya di dataran MasjidAl-Jamiul Badawi ( Masjid Arwah ayah Pak Lah),kerana kenduri kawin anaknda sepupu Mak Wan ( depa semua panggil Kak Chaq).
Ini ialah Haji Supardi Muradi bapa pengantin lelaki,Mohd.Iqbal.Pernah dulu menjadi pensyarah di USM,kemudian bekerja sendiri.Sekarang ia sedang mengejar ijazah R.A ( Redho Allah ),kerana BA , MA semua dah dapat.
Majlis kenduri diadakan di dataran masjid.......tanah pusaka Pak Lah.....diwakaf untuk jemaah masjid.Mudah masyarakat sekeliling membuat kenduri di sini.

Ini ialah pengantin raja sehari.........Rumah dibelakang ialah asal rumah Arwah ayahanda Pak Lah......dijadikan dewan orang ramai....cukup mudah membuat kenduri di sini...........cuma beri bayaran ayiak dan api ala kadarnya.


Ini anak saudara Kak Chaq.....Amar....rajin bekerja di gedohok....sejak sekolah rendah lagi.Kini di Tingkatan 5.Aku pun suka makan di gedohok.Rumah di belakang ialah juga sebahagian dari rumah ayahanda Pak Lah.



Datarannya luas........tu Pak Basir dan anakda sepupu sedang berehat.Panas cukup terik.




Tu khemah jamuan......cukup panas,pakat lari dok tempat tedoh.Pakat lari masok dewan,kerana ada air-con.




Ini adik Khairil dan isterinya.....juga anaknda sepupu.






Dua di tengah tu sepupu Kak Chaq..........wajah mereka seiras Kak Chaq.Dua dikiri kanan ialah anaknda Ahmad Ismail dan Latipah ( betoi ke tak namanya.....aku mudah lupa )







Gelap ni , jejariku tertutup flashnya.......macam mereka pi ke Afrika Selatan tengok World Cup.Kak Chaq dan sepupunya,semuanya gelap.







Ha........nampaklah cerah sikit...........muka depa sama saja.








Ni pun sama juga....di tengah ialah Ilah peranakan Amerika Syarikat,semasa Supardi menuntut di Minnessota University.Di sebelah ialah bondanya Puan Normah.Di belakang ialah Afifah,lepasan UIA.Afifah muka macam bapanya.










Tu...Pak Lah dalam kereta....terlambat aku nak snap wajahnya......keretanya pun jadilah.











Ni...orang2 muda.....mereka juga datang untuk kenduri.jauh dari Shah Alam......para bloggers yang aku kenal hari ni...........tengok semua pegang kamera.Depa kenal aku kerana aku juga pegang kamera,snap sana-sini.Mereka akan menjadi pengunjung blog aku nanti.......pasti visit srengenge........semua bermula di Masjid Jamiul Badawi......" hai oldtimer ni masih berupaya.", kata mereka....ikut cara Islam,insyaallah di berkati Allah.
Salam melebar senyum..............aku dari srengenge.











4 comments:

sonata anak kancil said...

salam...mai singgah jengok2 bertanya khabar ayahanda...tahniah semua sudah selamat dan selesai majlis ni

ijoismart said...

Salam ayahanda
Syukur. Tak letih ka

NGINAP SRENGENGE said...

salam sonata,

semua selamat,alhamdulillah.
Terimakasih mai singgah kat srengenge.
Doakan sekeluarga dalam penuh kecintaan Allah.
wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda ijoi,

tak letih ,pakai dreber.
sampai kat sp nak telepon ijoi,tapi nombornya terlupa.
Insyaallah lain kali boleh jumpa.

Doakan seisi keluarga sihat.
Wassalam.