Friday, June 18, 2010

SMOKE GETS IN YOU EYES

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Sapa pun tak tahan bila asap masuk mata.Pedih dan tak boleh celik.Nyamuk pun rasa sama juga.Dan unggas ni bila nampak api,dia akan langgar masuk.Bukan saja pedih mata , tapi mampuih terus.Jadi ini satu kaedah tradisi membunuh nyamuk.Tapi tak semuanya lari masuk dalam api.Yang ada degri doktorate tu terbang lintang-pukang tanpa destinasi.Musim ni nyamuk banyak di srengenge.Jadi aku ambil peluang berperang dengan depa.La ni jenis aedes perangai macam iblis.Suka ganggu manusia.Kita ingat kita terror,tapi nyamuk besar taik mata pun kita kalah.Hawar juga perangai manusia ni.Tak sedar ke diri tu belambak.Mai tengok apa aku buat.
Ni,tengok ni.....aku belah nyiok kering.Aku buat umpan,sekaligus bahan bakar.Benda ni bila terbakar boleh keluarkan banyak asap.Asapnya memedihkan,dan isinya yaitu kopranya memberi aroma keharuman.Tak percaya cuba tengok.

Ni aku dah mula membakarnya.Tak terbakar lagi,asap dah keluar.......kopranya belum berbau lagi.Kalau berbau pun sapa nak boleh hidu dalam blog ni.....ajaib sapa yang berbau.

Tu dah mula menyala.......bagi Pak Itam yang dok di South Africa,dok tengok world cup boleh berdiang kat api tu.........di sana sejuk .Itu kata pak itam dalam blognya.Gila bola dah bermula.Aku tahun ini kurang gilanya.Berbeza 4 tahun dulu.Aku tak mau subahat dengan judi.Kita syok dan beri sokongan tu bersubahat namanya......gerun masok neraka....ini semua pasai awang adik.



Ha tu dia..........tengok asap tu , dah terbang ia.Sat lagi angin bukit srengenge akan bertiup dan membuat deretan asap tu berpoing-poing di sekeliling teratak ku.Selamat malam ni.Harap mendapat mimpi indah di srengenge.
salam melebar senyum..............srengenge berasap sepanjang malam.





2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

awat, buka je nginap-srengenge
mata jadi pedih
bau hasap pulak

oooooo
rupa2 ada orang pasang ubat nyamuk cara tradisional
he he

Wassalam

Ayah Zain said...

salam ayahanda,

lama tak mai ziarah ayahanda. harap sihat-sihat aje.

dulu2 masa az kecil, arwah ayah bakar sabut kelapa jer. masya Allah asap. La ni baru tahu ada cara lain pulak.