Thursday, June 17, 2010

ANUGERAH SETOI DAN PAU

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Alhamdulillah.......hari ni dapat anugerah buah yang memberikan aku nostalgic feelings.....buah setoi.Pemberian anaknda Wahida dari RG.Teringat ku pada Huseng Che Nik,kerana pada masa kecilk2 dulu kamilah juara memunggai buah setoi.Macam orang Australia membaling boomerang.
Tu tengok besar buahnya........dan isinya lembut dan mengiorkan..........tak masam tapi rasanya manis.Bijinya kecil,kalau zaman dulu kami telan dengan biji2nya.......sebiji dibelah dua dah penuh pinggan.Mesti terlioq kan ?

Tengok tu dari dekat.....seakan isi nyiok muda.Boleh dicedok dengan camca.Kena sebiji dah rasa cukup kenyang.Wahida dok tunggu kerja....dia lulusan UNIMAS.Insyaallah ada rezekinya


Yang ni pula hadiah kuih pau dari anaknda Ina.Bekas puteri RG.Dia sekarang dah jadi chef di Tesco.Selamat berjaya.Maaf tak sempat ambil gambaq depa.Tergesa nak balik ada urusan konon...........aku cuma boleh makan sibiji pau dan sebiji setoi,perut ku dah penoh.
Nak tau inti pau tu............sekaya beraroma pandan.....sekaya pandan.



Cuba bandingkan pau Ina dan setoi Wahida. ...........hampir sama saiz...konyang jang.
Terima kasih pada anaknda berdua.....doakan berjaya dalam hidup dan berjaya sesudah mati.
Saalam melebar senyum..................srengenge dah kurang antibody,kata anaknda Rozali (atuk-phd).




4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

pasal buah setoi
kalau tak silap saya
masa kecil2 dahulu
buah setoi masa separuh masak
kulitnya boleh dimakan cicah dgn kicap (setelah dibuang kulit luarnya)
he he

ps:maaf saya kata kurang antibody

Anonymous said...

assalamualaikum pak cha..kami dikelantan juga panggil buah ni buah setoi..sekarang susah nak cari pokok setoi dekat dgn rumah saya..agaknya semua dah ditebang..bila saya tenguk gambar tu terliur saya..tenguk bijinya dah tahu ianya jenis yg manis..

kasihibu said...

salam ayahanda
Sya pernah makan buah setoi, tp masam
sya tak suka makan masam tak boleh masuk..
tp masa mengandung sulung dulu boleh terbayang bayang depan mata teringin sangat nak makan mangga muda.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Semasa tinggal di Terengganu,salah satu makanan kegemaran saya ialah buah setoi yang dijeruk didalam balang,antara ramuannya ialah belacan,asam jawa dan lain2 termasuk IKAN.