Thursday, June 3, 2010

BANGUN SUBUH LAPAR NASIK

Dengan nama Allah , 99 semuanya



Semalam anaknda Bob dan Cik Dah sampai 2 pagi.Aku belum lagi lena,tapi dok asyik memerhati keindahan malam.Merenung ke langit tanpa bintang dan cahaya bulan pun kurang menarik,maklumlah 20 haribulan J.Akhir.Tiba2 aku dapat snapkan gambar UFO ni.Aku dah cukup biasa dengan benda2 ajaib di langit ni.Dan aku tak berasa hairan,kerana Allah Maha Pencipta.Dulu semasa muda dulu sebuah cahaya sebesar 2 kaki diameternya menjunam turun kearah srengenge.Kemudian terus membelok ke utara dan hilang sekecip mata.
Selepas subuh perut memberontak kerana lapar.Chef mak wan terpaksa masak awai hari ni.


N dia gulai ikan tenggiri.....ehem wangi sejak mula menumis.



Ni ialah petai Atikah yang telah dijerok.......wangian kepetaian terserlah.





Ikan kembong masak cili.




Ni keropok Bob bawa balik dari Kelantan






Kelmarin terima bungkusan besar..........nak sambut piala dunia.







Ni dia bendanya......dapat sedozen.......tapi kali ni tak ghairah lagi,kerana piala dunia akan diperjudikan secara terang2an.Kerajaan lulus judinya........biarlah aku tak bersubahat....takut diri dan juga negara dilaknat oleh Allah.








5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

kalau macam ni punya hidangan
tak cukup nasi seperiuk
kena seminggu naik badan saya
he he

Wassalam

Unknown said...

Assalamualaikum Ayahanda

tengok ikan temenung tu terlioq jer .

petai jeruk atikah tu kalu dimasak sambal campor udang boleh ke ayahanda , ummi minat sangat nih.

CM said...

salam ayahahanda


sedapppnyer air tangan orang tua ni..moga satu hari nanti cm dpt rasa airtangan makwan yg memasak dgn penuh kasih sayang..

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Waistline ?


Wassalam.

shami2 said...

Salam Ayahanda bonda..

Teringat menu kat rumah mak di Tunjang macam tu jugak....18 hb Jun insyallah akan balik jenguk diaorang....harap2 dapat makan gulai mak buat...sekarang ni pun dah terliuq dah..nih..

Pssst CM..larr ni musim durian luruh..kalau makan berkelah kat dusun sedap laarr...oppppps jgan makan bawah pokok durian nanti ada yg masuk spetal..hehehe