Friday, June 18, 2010

DULU TAK SEPERTI SEKARANG...1954

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Masa berlalu terlalu pantas.............its speed accumulates.Hari hidup seorang tua terlalu rumit.....rumit merenung ke masa depan di akhirat.......rumit menoleh ke belakang ke masa dulu dengan penuh nostalgik.Ada kenangan manis dan ada perasaan pahit.Warga tua menyimpan cara sulit semua itu dalam sanubari.Membiarkan semua itu meniti dijambatan hidup.Membiarkan ia menari2 dalam kenangan menembusi waktu tertentu.Walau macam mana pun yang dulu itu terlalu manis ,kalau ia manis.Dan terlalu pahit kalau ia pahit.Dulunya tak lah seperti sekarang.


Di bawah ada 2 keping gambar ,yang membawa makna tersendiri dalam igauanku pada tahun 1954.Gambar pun telah termakan waktunya.Kerana tak dijagai dengan baik.Kerana terlalu sibok dengan dunia.Dunia lah perosaknya.Dan cinta dunia ialah kepala segala kejahatan.Kalau tak di jagai dunia dengan rapi,ia akan jadi makhluk perosak.....hubaya2lah semasa di dunia ini.
Bangunan di latarnya ialah bangunan asal sekolah ku.Ibrahim School.Memang tak sehebat sekolah2 sekarang.Tapi masih berdiri tegap,teguh dan boleh bertahan lama lagi.Sekolah2
sekarang cantik,tapi kekuatan bangunan lama lebih hebat.Bangunan sekarang di bina diatas penipuan.Kosnya di tipu , materialnya di tipu.Mudah runtuh.kalau kroni mereka tu beriman,insyaallah boleh tahan lama sikit.

4 orang sahabat ku itu masih aku kenai : Mat Jusoh,Habib,salleh dan Nadzim.Mat Jusoh dah meninggal.Pernah menjadi pemain simpanan dalam pasukan kriket Malaya.Seorang wicket-keeper yang kental.Berani dan lasak.Dan kematiannya juga ngeri.Mati terjatuh dari pokok dalam hutan ketika mengambil manisan lebah.Yang tiga lagi tu dah putusan hubungan,tak tau di mana.Nadzim pernah bertugas di New York berpuluh tahun.

Gambar ni pula menambatkan kepiluan yang amat sangat.Gambar bangunan hostel kami yang runtuh....tak lah cantik macam hostel sekarang.Bangunan kayu beratap nipah.Cukup selesa duduk di sini.Runtuh ranap di tiup angin tahun 1954.Tiada ada kemalangan jiwa,kerana kami di waktu belajar.....alhamdulillah.Kalau kami ponteng sekolah waktu itu,dah pasti kami akan mati.


2 orang kawan ku di depan tu ialah Capt.(B) Othman Sulaiman (pakai blazer) dan A.Rahman A.Rahim ,bekas guru di SAHC,lulusan Brindsford Lodge,England.Aku pun tak tau di mana depa sekarang.Depa pun tak tau di mana aku juga......kecuali mereka sama2 berterbangan di alam maya.Dalam gambar tu,srengenge berada di puncak bumbung yang runtuh.......cuba lihat buasnya dan rancaknya hidup di masa kecil.Kalau terkena paku,takkan nahas.
Itulah kisahnya 56 tahun dulu.
Salam melebar senyum....................srengenge is on the air.


3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

indahnya memori menari nari dihadapan kemodenan semasa menatap potret silam

Wassalam

Anonymous said...

salam ayahanda,

Ada rindu ada pilu.
Ada gembira penuh hiba.
Ada suka ada duka.
Ayah memang pandai bercerita.
Seorang guru idaman kita.

wassalam

aznaz said...

salam from Makkah


syahduuu neyr kisah ayah kali nih....tersentuh jiwa anakanda...


waslam