Saturday, June 26, 2010

CUCU SAUDARA SEPUPU

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni cucu saudara sepupu datang.Segenit ni petah bercakap dan pandai bercakap.Pandai pula bercerita,itu dan ini.Bila mai ke rumah ku tak mau berlama,kerana sunyi dan tak ada kawan.Sekecap saja dah ajak tok wannya balik.Katanya,kena balik cepat ,kerana abahnya nak bawa pergi ke Baling.Bermacam alasan diberinya.
Ni dia sicomel ni.Namanya liza ke, Miza ke .....aku dah lupa.Puas memujuk tinggal di srengenge,tak nak dia.


Tu pun dah panjat moto tok wannya,nak balik cepat,nanti abah nya tertunggu pula.Srengenge sunyi dan sepi,hanya sesuai untuk orang tua.Hanya sesuai untuk beburung dan biawak kabok.Hanya sesuai untuk babi hutan di waktu malamnya.Bila malam bertambah malam,terlena sendiri memejamkan mata.Berdengkor memenuhi ruang.
Salam melebar senyum............srengenge menyunyi,cuma menanti kegembiraan di surga dengan redho Allah.

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam..

:: begitulah kita apabila berada di penghujung usia.. anak menantu dan cucu-cicit bertebaran di merata tempat.. mengikut kediaman yg didiami dan rezeki yg diperolehi.. sesekali akan menjengok dan menjengah kedua org tuanya.. datuk dan neneknya.. tokwan dan tokneknya.. dan lumrahnya adalah sebegitu..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Pak Ngah,

Terima kasih Pak Ngah pun turut mengunjungi laman web saya.

Hidup sebenarnya tiada penghujung....di akhirat abadan-abada......

selamat.
wassalam.

Lisa said...

Assalamualaikum.

Memang comei dan ceredik dia. Teringat masa saya kecik-kecik dulu, jalan sana sini dengan tokwan. Tapi tak naik motosikal. Naik bas, naik beca, jalan kaki.

kak su said...

Salam Ayahanda

Kanak2 adalah pengubat/penghibur kita...

Moga Allah memberkati beliau..

Wslm