Friday, July 25, 2008

AKU SETUJU POKPET

Aku pinjam dari blog pokpet,kerana setuju pendapatnya.
Kekadang kepala hotaknya sependapat dengan kepala hotak ku.
Mai kita baca pendapat pokpet.




Friday, July 25, 2008

Pemimpin Melayu Tidak Cerdik
Riuh-rendah pemimpin-pemimpin politik Melayu bercakap soal keputusan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta Mercedes. POKPET tak mahu tulis panjang-panjang isu ini.Cuma POKPET nak tanya semua pemimpin politik yang membuat komen mengenai isu ini, adakah dah habis isu rakyat sehingga soal kecil macam ni pun dibahaskan berhari-hari dalam suratkhabar?Dalam keadaan inflasi yang meningkat dan rakyat semakin terpaksa "menjerut perut", isu Mercedes ini tak penting. Ikut saja prosedur. Kalau boleh, maka bolehlah. Kalau tak boleh, maka tak bolehlah.Ketua Setiausaha Negara patut cakap, boleh atau tak boleh. Kalau biarkan orang politik cakap, macam-macam adaaaaaaaaa ...Yang buat keputusan beli Mercedes pun tak berapa cerdik. Yalah, tak cerdik kerana buat keputusan tu dalam keadaan rakyat mengeluh tentang kenaikan harga barang. Penting sangatkah beli Mercedes sekarang, dalam keadaan rakyat bercakap mengenai kenaikan harga makanan?Yang mengkritik keputusan itu sampai berhari-hari pun nampak tak berapa pandai. Tak pandai kerana tak tahu memilih keutamaan. Sedang rakyat "meraung" mengenai gaji yang tidak mencukupi, pemimpin-pemimpin Melayu berlumba-lumba bercakap soal kereta.Sebenarnya rakyat tak kisah nak beli Perdana atau Mercedes. Malah, seantero dunia tahu sebahagian besar pemimpin politik Melayu ada kereta mewah. Kalau tak percaya, datanglah ke PWTC sewaktu Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember nanti.Nak guna Perdana, Mercedes, hatta nak naik gajah sekali pun, rakyat tak kisah kalau pemimpin boleh selesaikan isu rakyat. Yang membuatkan rakyat menyampah ialah pemimpin politik berlagak nak berjimat, tetapi pada masa yang sama menghabiskan duit dengan meluluskan projek-projek mengarut.

2 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

Apa yang dikatakan beliau makes sense. Politicians cakap tak serupa bikin. E.g. bila harga minya naik, kedengaran slogan suruh kita ubah cara hidup - lebih berhemah, la tu.

Tetapi yang sebenarnya kita bukanla belanja mewah sangat, hanya sekadar keperluan dan kemampuan je. So nak ubah macam mana lagi?

And yet they continue to splash their money around.

Anonymous said...

Pemimpin melayu haprak!!!

Buat muzakarah PAS-UMNO konon, orang melau tetap macam tu jugak...