Tuesday, July 29, 2008

HAPRAK MEMPERANAKKAN HAPRAK

BOLEHKAH POLITIK MENDAMAIKAN NEGARA ?

Seperti mana aku pernah tulis , susah nak cari kedamaian minda bila berada di suasana begini ( biar aku namakan suasana haprak juga ).Bila dah haprak yang lain2 juga turut menjadi haprak.Aku cuba mendamai minda aku dengan isu2 yang syok2 dan menyenangkan pikiran,tapi oleh kerana iklimnya haprak,susah memberi laluan kedamaian.Malahan ia turut berligat dan menjadi mimpi ngeri di dalam tidor sekaligus.Melekat kepada hotak membawa2 saja ke mana saja.Itulah hebatnya peristiwa berdosa mempengaruhi alam pikiran dan benarlah seperti tok2 guru berkata dosa mengalahkan pahala dengan mudah.Yang mungkar boleh mengalahi yang benar dengan mudah.Seperiok gulai ikan yang halal termusnah dengan hanya memasuki seketul benda haram ke dalamnya.Secangkir air hilang halalnya dengan setitik arak.Dan begitulah seturusnya dan seterusnya.

Setiap hari dalam suasana haprak ni dipenuhi dengan berbagai berita yang penoh dosa.Tak payah ku sebutkan,semua orang dah tahu dan dah dengar dimana saja. Kekadang dalam jamban pun terpikiaq benda itu dan itu.Kerenah politik pula hapraknya berbagai2 pula,yang sedikit pun tak memberi manfaat ke arah kedamaian manusia sejagat.Penuh dengan isu berbagai yang cuma nak tonjolkan kumpulan sendiri,diri sendiri,malahan semuanya bermatlamatkan kesendirian.Hak kesendirian inilah saja yang betul dan yang lainnya semua palsu.Sentiasa saja ada perlawanan dan pertelingkahan,dan benda ini akan berteruskan tak akan selesai2…..mungkin sampai kiamat? Aku pun tak pastikan.

Mak-Pak kalau dok berkelahi , anak2 dalam rumah turut menerima haprak . Tapi depa pandai dok kata rumahku–surgaku. Kata2 mereka juga jadi haprak,kerana kata tak seperti bikin.Segala kata semacam orang dok bercakap semasa mengigau.Yang orang berkata tu pun tak tau apa dia kata. Membebel tak tentu hala macam orang gila saja. Tapi orang yang benar2 gila tak haprak .Mereka tak dihitongkan dosa mereka dan perbuatan mereka tak membabitkan dosa pada diri mereka .Mereka tak terikat dengan hukum taklifiah..

Bolehkah berpolitik begini boleh menyelamatkan rakyat dan Negara ? Dalam sebuah hadis Nabi saw berpesan supaya kita lari tinggal di pinggiran bila fitnah dan haprak terlalu berleluasa……maksudnya lebihkurang begitulah.

Dunia jadi haprak kerana majoriti penduduknya haprak.Hubaya2 kerana haprak boleh berada di mana2 saja.Dalam mesjid pun ada haprak . Janganlah membawa kehinaan pada diri di dunia ini,kerana kehinaan tu juga akan mengikut kita ke akhirat.
YOU GET WHAT YOU HAVE.

No comments: