Wednesday, July 16, 2008

GOL GOL GOL GOL

Aku cukup tertarik dengan ulasan selari dari sahabat blogger ku kassim8888.
Beliau seorang OKU.......dan cukup gigih menulis dari blognya.Setiap hari aku akan layari blognya , dan setiap hari aku berdoa untuk kesihatannya.

Saudara tentu tertarik dengan ulasannya......tolong doakan supaya dia sihat.

PHIIIIIPPPP........

Bila wisel di bunyikan Anwar terus mengelecek bola hingga pemain lawan tidak berjaya memintas. Anwar menjaringkan gol hattrick di minit 16, minit 25 dan minit ke 45 di separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua Anwar lebih bersemangat membuat pasukan lawan yang di ketuai oleh Shabery hilang fokus. Di minit ke 50, Shabery merembat kencang tapi bola dapat ditanduk oleh Anwar dengan senyuman.Shabery mula bermain secara agresif dengan cuba menjatuhkan Anwar beberapa kali. Tindakan Shabery cuba menarik baju Anwar telah dilihat oleh pengadil. Sepakan percuma telah diberikan kepada pasukan Anwar. Anwar mengambil sepakan percuma dan tendangan kencangnya terkena tiang gol.Di minit ke 90, Anwar melepasi pertahanan lawan dan berjaya menanduk bola dengan bergaya dan terus masuk ke gawang gol lawan. Shabery hanya sempat memandang 'jaringan emas' yang dilakukan oleh Anwar.Di masa tambahan, Shabery berpura-pura jatuh di dalam kotak penalti. Pengadil yang juga rakan sekampung Shabery telah memberikan sepakan 'penalti ihsan' kepadanya. Shabery telah mengambil sepakan penalti dan menjaringkan gol pertamanya. Gol ini merupakan gol pertamanya semenjak bermain bola sejak 10 tahun yang lalu.Permainan berkesudahan dengan kemenangan Anwar 4 berbalas 1. Permain terbaik di menangi oleh Anwar.

Komen Debat:

Shabery Cheek banyak membuat serangan peribadi terhadap Anwar dari membicarakan isu yang sedang di perdebatkan.
Shabery gagal menjawab pertanyaan yang di ajukan oleh sdr. Zulkifli Sulong. Jawapan yang tidak relevan seperti isu konsert protest dan demontrasi yang di gembar gemburkan.
Anwar tidak menyentuh isu peribadi kerana ini bukan platfom untuk menjatuhkan peribadi sesaorang.
Anwar berdebat secara ilmiah dengan mengemukan fakta dan angka² bukan dengan emosi seperti Shabery.
Bila berhujah, Anwar mempunyai intonasi suara tinggi rendah yang menarik dan tidak mendatar seperti suara Shabery.
Pun begitu pujian harus diberikan kepada Shabery kerana berani tampil berdebat dengan mantan TPM tidak seperti menteri² yang lain.Tidak perlu ku ulas secara terperinci kerana esok pasti banyak blog yang akan memberikan respon tentang debat ini. Kita tunggu komen dari blog² yang lain esok.

1 comment:

Kassim Selamat said...

Salam abang,
Terima kasih mendoakan kesihatan saya dan jugak masukkan cerita 'bola' di sini..hehehe

Teruskan menulis ya!