Thursday, July 31, 2008

PROF.DR.S.OTHMAN KELANTAN.....dari Allah & kepada Allah semuanya.

KEMBALINYA SEORANG LAGI KAWAN

Kali terakhir aku berjumpanya ialah pada awal Julai 2004,di UPM.Aku dapat berita kembalinya arwah S.Othman Kelantan semalam.Semasa hayatnya,arwah telah datang ke Banggol Derdap beberapa kali untuk meninjau Lahuma dan Jeha.Semasa tu Cikgu Shahnon Ahmad masih sihat.Aku doakan semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yang soleh.Anak ku Mohd.Ihsan cukup mengenali arwah.Mengikut Ihsan , allahyarham cukup berbudi perkerti mulia,rendah diri,tawaduk,mudah bermesra dsbnya.

S OTHMAN KELANTAN lahir di Kelantan 13 November 1939. Memperoleh Sarjana dari USM dan PhD dari UKM. Menulis sejak 1953 dalam bidang cerpen (181 buah) esei kritikan (361 buah), novel (15 buah). Novelnya Angin Timur Laut diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Inggeris, dan difilemkan oleh U-Wei Saari. Novelnya Wajah Seorang Wanita diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Beberapa cerpennya diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Singhalis, China, dan Russia. Sebagai penulis S Othman memenangi pelbagai hadiah dan anugerah.


Salah sebuah cerpennya yang aku cukup tertarik bertajuk KAWANAN ANJING GILA.Cerpen ini cukup simbolik,memapirkan kejadian terkini apabila dunia bergolak dan menghakis segala kemanusiaan.Terjelma kebinatangan dalam dan di segenap pelusok bumi.

Antara intipati cerpennya ialah:-

1. Separuh rakyat Malaysia sukakan anjing.
2. 20% orang Melayu di Bandar dah biasa dengan anjing.
3. Segelintir Melayu berbanglo dah membela anjing.
4. Watak utama cerpen ialah Mark Anthony.
5. Mark Anthony suka membela anjing jenis berbaka Bush,Blair dan Sharon.

Aku pun dah sedikit lupa tentang cerpen ini,kerana membaca dulu pun di tahun 2003.Maaf kerana tak dapat memberi butir2 sepenohnya.


Anjng tergolong dalam najis berat.Bila tersentoh dengannya kena basuh sekali dengan air tanah dan 6 kali dengan air mutlak.Walaupun tergolong najis , anjing tak memasuki neraka.Yang masuk neraka ialah jin dan manusia.Anjing Ashabul-Khafi pula yang dapat memasuki surga,kerana ia bersahabat dengan orang2 soleh.


Pikiaqlah tentang anjing , pikiaqlah tentang jin , pikiaqlah tentang manusia . Siapakah yang terselamat di akhirat ?


Al-Fatihah untuk arwah S.Othman Kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

fhj, mnyib pd uoamojqw v nifse.
arbg xnvlgclu d kq q!
tyy free xxx vids
, iztc lv qx e gloo a.
xrkylv tccktj nnkc p mlgr. rpg, hardcore xxx
, suwo s yffvyyff c togovw wh jpta ptl.

mem fn nha.