POLITIK MAKIN KOTOR ?
Kelmarin , kalau orang belah selatan kata semalam.Aku tak mogok macam geng2 Rocky dan yang lainnya . Aku tak bergeng dengan mana2 bloggers . Aku tak larat nak ikut rentak depa kerana aku dah tua.Aku tak larat nak pi sana sini.Aku rasa bebas bersendirian,dan kalau bergeng dengan depa pun ,aku punya pendapat dah tak sama dengan mereka.Mereka semua muda2 belaka.Aku orang sebelum merdeka,mengaji pun sebelum merdeka,ambil sijil pun , sijil orang putih . Aku tau rasa bagaimananya rasa sebelum dan selepas merdeka.
Cakap pasai mogok , apa perlu bloggers nak mogok ? para bloggers are not paid for , kita menulis bebas untuk menangkis segala kebohongan .
Why strike ? We are not paid , we live in a democratic country . We have our say. Tak kan nak tengok gitu saja segala yang memundaratkan negara,tanpa satu2 tindakan diambil . Kita tak berkuasa , suara kita tak didengari. So what else ? Let us write for our people . Let people know the truth . Because too many lies ,lies lies .
Dulu masyarakat kita didalam kelas ketiga.Kita mundur,kita terbelakang,Pengajian kita terbelakang . Ekonomi kita mundur .orang putih jadi ketua kita .Kita beraja kepada orang putih.Kalau pun begitu kita boleh bersatu dan mengajar orang putih . Kita boleh bersatu menentang Malayan Union , kita boleh mengangkat mertabat raja kita. Minda mereka ialah minda kelas pertama. Mereka tak meruntuh tapi membina. Mereka tak haloba macam pemimpin2 sekarang.Mereka tak mengumpul harta untuk diri , mereka membangunkan rakyat . Tidak seorang pun memiliki rancangan2 di felda dan felcra . Tapi kini tanah2 rezab pun dikelentong untuk dimiliki.Permit teksi pun sapu .AP pun sapu. Komosion pun sapu. Pasai apa sapu ? Kita nak beri pada rakyat , kita dah dapat elaun ( juga duit rakyat).Kita ditugaskan untuk berkhidmat sebagai yang berhormat .Rupa2nya pagar makan padi.Dan pagar sama pagar pula bergadoh.Aku tak lah harap orang politik,habis depan/belakang depa sapu .
Najib kata ‘politik makin kotor’. Aku tak boleh terima bahawa politik tu kotor . Kalau tau kotor pasai apa dok bergelumang dengan taik yang kotor.Tak kan orang cerdik2 nak bergelumang dengan taik . Bodohlah kita kalau kata politik tu kotor,tapi kita masih bergelumang dengan taik. Dunia yang bertukar ganti ni,lepas satu,satu . Satu naik,satu jatuh adalah semuanya kerana budaya politik yang kotor. Cubalah kita tengok nanti; yang akan datang akan lebih hebat lagi dari yang kini dan yang dahulu.
Kita perlu kuasa ,dan kuasa hanya akan diperolehi melalui berpolitik.Politik dan agama pula tak boleh dipisahkan . Ia sedaging .Tak kan Agma kita boleh bersatu dengan politik,kalau politik itu kotor.Sesapa kata poltik itu kotor adalah salah dan berdosa kalau lah kata politik Islam itu kotor…..nauzubillah. Tanpa berpolitik dan tanpa kuasa tak dapat kita tegakkan hukum2 Allah di bumi ini . Negara komunis ada kerajaannya,negeri sosialis ada kerajaannya,negeri kapitalis ada kerajaannya, orang asli di hutan pun ada kerajaannya. Takkan kita tak boleh tegakkan kerajaan Islam ? . Sebenarnya politik tak kotor ,tapi orang2nya yang kotor. Kerana budaya mereka berpolitik itu kotor,maka tercalitlah kotoran itu pada politik. Katalah aku kotorkan politik . Janganlah sapukan depan/belakang , tapi tengoklah sama depan dan belakang. Dan janganlah ada pula yang tergatai2 membenarkan orang skrew belakang . Budaya memberi belakang cukup terkutuk dan menjijikan. Hari depan dan terdepan nanti Allah menunggu kita.
Senyum kambing bukan idola ku : Tapi sketsanya pagi ini boleh buat perhitongan.” KENCING ADALAH KOS….KENCING ADALAH PENDAPATAN”......pi mai,pimai,lubang kencing juga !
1 comment:
Politik is everything!!!
Post a Comment