Hari ini iklim negara ku dah jadi tak menentu.Kekadang aku naik bengong dan membuat aku menyumpah2 tak tentu pasal.Sebenarnya di umur tua ku,aku nak hidup bersenang linang memikirkan kebesaran Allah,beribadat dalam baki sisa hidup ku . Tetapi kerana episod2 yang cukup jijik berlaku ,aku tak dapat berdiam diri dan membiarkan begitu saja berlalu.
Untuk menjaga iman ku supaya tak tergugat,aku perlu menunjukkan rasa benci ku terhadap apa yang berlaku kini. Aku menyumpah2 bukan kepada angin dan awan .Bukan kepada lembu dan kerbau.Bukan kepada cacing dan cicak.Bukan kepada taik dan kencing . Aku sumpah kepada orang yang bukan manusia.Orang yang dah hilang kemanusiaannya.Orang yang mempunyai nilai kehaiwanan.Nilai kebinatangan.Nilai yang binatang sendiri tak mau kannya , kalau dia diberi kepala otak macam orang.
Dunia didiami oleh banyak orang,tapi telah kurang manusianya.Nilai orang kini dah setaraf lembu kerbau di padang.Sedikit sangat yang bernama manusia.Sedikit sangat mempunyai budi-luhur.Sedikit sangat mempunyai rasa simpati dan kasih-sayang.Banyak sangat yang haprak.Banyak sangat yang tamak.Banyak sangat yang haloba,gila kuasa ,pembohong ,zalim,tak kenal Allah,tak kenal Nabi.Banyak tak belajar dari Al-quran.Banyak tak kenal hadis. Banyak tak hormat ulamak.Banyak yang ego tinggi melangit.Mungkin sampai kelangit yang ketujuh.Mungkin dah sampai ke Siratulmuntaha.Mungkin pun dah sampai ke kubur menunggu tuannya di tanam bila dah mampuih. Tunggulah wahai ego , tuan mu rasa tak akan mampuih. Dia masih bermaharajalela di bumi ini,berkeliaran seperti langsuyar,menghisap darah di mana saja dan di mana juga pada ketika mana yang memberi ruang kepadanya merobek dan merogol siapa saja mangsanya.
BUATLAH SESUKA HATI MU WAHAI ORANG , CUMA DI DUNIA INI SAJA YANG KAU BOLEH MEMBUAT DOSA . LAZATNYA DOSA DI DUNIA , TAPI PEDIHNYA TAK TERKIRA DI AKHIRAT NANTI.......jadilah manusia supaya diri tak tersia-sia.
2 comments:
Bukan pak cha sorang yg benci. Ramai lagi yang benci dengan apa yang dah berlaku sekarang ni.
Kita benci, tapi tak mampu untuk berbuat apa2 untuk memulihkan keadaan sekarang.
Rata2 orang malaysia ni masih lagi dengan sikap penakutnya. Hanya nak play safe...
shukor,
kalau geng depa buat salah , tak dak tindakan apa2.Kalau parti lawan ,wah , tak dan matahari nak naik segalah.......orang kita dah dayus.Mula2 takut kat bini,lepas tu takut segala2nya.Kat Allah depa tak takut.Semua ni dok cari api neraka......bodoh betul.Nak lawan kezaliman dan kemungkaran pun takut.....geng peliar mampuih.
Post a Comment