Thursday, July 24, 2008

UNPUBLISHED NEWS

BERITA YANG TAK DIBERI PUBLISITI


Memang media dan tv di negeri ini kedekut . Kalau tak berita yang boleh menguntungkan kroni dan geng tak disiarkan . Berita yang benar pun diselewengkan . Diambil digomolkan untuk dijadikan peluru untuk tembak balik kepada lawannya. Disondoi isu2 dan hingga hilang isi sebenar.Biar terkambus dan tak dapat mengutip makna sebenar.

Dalam arena apa saja semua kita terharu , mereka sesuka saja memperbodohkan kita semua. Nampak macam ada golongan yang desperate , ada golongan yang ghairah berkuasa , ada golongan yang gayat pabila tercapai sedikit kuasa. Masing2 dalam kegilaan dan keegoan yang amat sangat.

Umno kita nampak sudah retak dan tunggu masa saja untuk pecah . Potensi Anwar,Najib dan Paklah untuk mendudukoi takhta PM , masing2 di hujung tanduk. Walau apa pun pohon Allah kurniakan kepada kita seorang yang benar2 ikhlas menjadi PM kita. Mana tau Allah akan anugerahkan TG Nik A.Aziz sebagai PM yang baru untuk melengkapkan TEORI RAHMAN …..alhamdullillah.

Tahniah kepada Tok Guru kerana memenangi anugerah Gusi Peace Prize Foundation . Terpilih daripada lebih seribu calon . Adakah berita ini di media dan tv kita ? taaaraaakh !
Yang ada Cuma pasai liwat,untuk memusnahkan Keadilan Rakyat.
Yang ada Cuma kes2 menderhaka raja dan hina Islam untuk kerekah DAP.
Yang ada Cuma pasai muzakarah PAS dan UMNO untuk membogelkan PAS. Bukankah kini banyak sangat cerita tantang ‘membogel2an’ dan ‘ketelanjang2an’.
WALLAHUA'LAM

No comments: