Wednesday, July 30, 2008

DI MANA KAN KU CARI ?

DI MANA KAN KU CARI ?


Semakin hari semakin pelek . Semakin hari semakin semak . Semakin hari semakin terok. Sesudahnya semakin hari semakin haprak jadinya.Aku cuba lari supaya ku tak semakin terpedaya dengan semua yang berlaku . Tapi tak upaya berlari.Tak dak tempat yang nak dicari , kerana di mana saja ada hapraknya.Di media cetak ada ceritanya,diblog ada ceritanya,di TV ada ceritanya,di kedai kopi penuh ceritanya,berbagai versi dan berbagai warna2nya.Di rumah kenduri lagi banyak ceritanya.Pi lah di mana saja haprak tetap ada. Sesekali rasanya aku nak langkah bukit srengenge , kerana pada ketika tertentu aku bisa melakukannya.Bahkan aku boleh lompat terus menjejakkan kaki ku ke bulan, ataupun hinggap seketika di mana2 planet yang aku ingini.Aku pasti di sana dapat ku cari ketenangan,keselesaan,keheningan dan…….dan……….dan……..

Suasana haprak membuatku lemas dan begitulah juga insan2 yang serupa dengan ku.Haparak tak menjaminkan kedamaian.Kedamaian tak dapat mendekatkan dirinya dengan benda2 yang berhaprak.Dengan begitu banyak nikmat yang Allah berikan kat Malaysia , tapi massanya lupa diri .Tak tau mensyukuri nikmat . Tak dak pula rasa takut dengan nikmat yang begitu banyak . Kerana selalunya selepas nikmat adalah balanya.selepas sakit ada sembohnya.Selepas susah ada senangnya.Selepas kaya ada miskinnya.Selepas berkuasa ada hilang kuasanya.Kalau masih tak juga sedar,haprak lah jadinya.

Mereka merancang kepelbagaian.Dengan propagandanya,dengan tipu helahnya,dengan fitnahnya,dengan kebohongannya,dengan pakatannya,dengan muzakarahnya,dengan segala asam-garamnya yang cukup meloyakan setiap tekak anak adam.Mereka merancang,Allah juga merancang,dan Allah adalah sebaik2 perancang.Jadi tunggulah dan sudah pasti lah kita akan jumpa apa yang kita cari. Di mana kan ku cari ?........dalam Al-quran dan Al-hadis.
HAPRAKLAH KALAU NAK JUGA MERANCANG YANG BUKAN2.

No comments: