Dah hampir 3 hari srengenge cuba bersendirian,bermimpi sendiri,merenungi alam,bernostalgia yang dah lama pergi,sambil mengendap2 apa yang kemari di hari2 berikutnya.Cuba larikan diri dari alam nyata.Cuba melupakan segala berlaku.Kerana tak tahan dengan segala peristiwa yang busuk2 dan jelik.Tak tahan membuka lubang hidung,tak tahan mendengar deruan angin2 yang membisik jeritan iblis,tak tahan melihat sinar2 membikin silauan .Ku tutup mulut supaya suara2 tak terhembus keluar,kerana kiranya terlepas keluar,aku akan terus maki-hamun,aku terus akan menyumpah-nyumpah tak tentu pasal.Aku merenung 'Melayu Mudah Lupa'.Dulu bangsanya dipijak.Dulu bangsanya retak.Dulu bangsanya berteriak.Dulu bangsanya haprak.Dulu bangsanya kelas dua.Dulu bangsanya hina.Dulu bangsanya sengketa.Dulu bangsanya derita.Dulu bangsanya kerdil.Dulu bangsanya terpencil.Tiada daulat.Tiada maruah.Tiada bebas.Sejarah bangsanya lena.
Dalam lena bangsanya terus lena dulu ,kini dan selamanya.
Masih haprak kah bangsanya ?
No comments:
Post a Comment