Wednesday, July 23, 2008

RASA KEBAH DARI DEMAM

RASA KEBAH DARI DEMAM


Rasa malas nak tuleh.Lebih2 tentang isu2 semasa yang dok berceleret di tepi kain kita.Dok memperbesar2kan tentang diri mereka , tentang agenda mereka.Kita tau itu semua tipu muslihat mereka.Memang jenis menipu penuh dengan tipu-muslihat. Berbagai propaganda dengan taktik2 yang dapat mengelabui mata,memekakkan telinga dan menyakitkan mata.Semua itu tak memeriahkan hidup rakyat,tak melenakan anak tidor nyenyak,tak mengheningkan airdi tasik dan kubang,tak mendayukan angin lembut bertiup malam.Bahkan memperakrak-perandakan setiap makhluk Allah.Berselerak najis durjana,kehancingan kencing,kemasaman mani zina tersimpan dalam kondom2 yang terbuang ditepi pagar.Tersondoi habis kemaluan jalang2 di segenap lorong2 sempit di kotaraya2 besar.Hamis,busuk,terasa terjeluak pabila hembusan angin pagi meniup.

Dalam demamku dengan keadaan kekiniannya , aku tetap tak serik menyumpah2 , memaki hamun . Seperti aku kata , aku tak sumpah angin dan awan,aku tak sumpah tanah dan duri,aku tak sumpah semut dan cacing, aku tak sumpah dedaunan dan rerantingan.Tapi yang ku sumpah ialah puak mereka itu juga.Puak yang hilang budi-bahasa,puak yang maksa keringat yang lemah,puak yang hilang kemanusiaan,puak yang memerintah tanpa panduan,puak yang gila kuasa.Puak yang setiap masa syok-syok diri sendiri.


Pagi ini belum lagi pasti tiba bimbingan.Yang aku minta bimbingaNya.Mata ku mengalihkan ke delapan penjuru mata-angin . Aku boleh menggeliat , urat2ku tersentak membetulkan jalinannya. Mula aku dapat rasa kebah dari demam ku.Badan ku sedikit selesa,sedikit demi sedikit mendaki bukit.

1 comment:

Anonymous said...

Diharap agar pak cha akan terus kebah dan kebah dan kebah..... sampai bila2 kebah dari demam ini.

Apapun sengketa politik takkan berubah selama2nya..

Thanx pak cha!!!