Thursday, July 10, 2008

KETEQAQ

KETEQAQ PUNYA PASAI

Dah se hari aku tak boleh online . Telefon pun out of service . Apa adakah kecurian cable lagi . Atau service yang kurang memuaskan. Selalunya streamyx dok bodek dirinya the best in the world. Bulan sudah berkali2 aku menerima masaalah. Yang aku meluat bila aku buat repot,depa tanya ada bayar tak aku punya akaun . Nak check akuan dulu.Mintak user surname.Haprak punya soalan .Dah lima tahun aku dok guna ,aku tak pernah miss beres akaun aku.Aku bukan keturunan lanun .

Dulu di alam melayu ni , orang yang paling berkuasa ialah para layun.Terpaksa lah Hang Tuah dan sahabat2nya berkerja keras bunuh mereka .Lanun cukup haprak , rampas apa saja yang depa suka. Anak gadis orang pun depa kebas. Sekarang pun ada banyak lanun , tapi berwajah baru. Merompak di mana saja. Hari2 berlaku . Dok curi cable telefon ni pun jenis lanun juga. Dok rampas harta rakyat pun juga seangkatan dengannya.Senang depa masa depan…..phoooraahh. Bukan Allah nak lepaskan mereka di akhirat . Jangan cakap act la.Yang terleceh sekali ialah orang berpangkat , ternama pula tu terlibat dengan kerja busuk ni . Semua ni kerana keteqaq . Keteqaq dengan perintah Allah. Rasa sombong dan besar diri. Kokok berderai2 tapi ekor bergelumang tahi . Sesetengah tu pula dah dekat nak mampuih , masih membuat kerja terkutuk lagi . Berjudi,berasuah,berbohong,menipu dan celah2 tu pula sapu depan dan belakang…..piiisssh , macam-macam ada . Malaysia boleh kan ? Buat lah , tapi satu hari akan tiba . Hari pembalasan. Masa tu,tiada maaf bagi mu .Kalau Allah tak berikan rahmatNya , you go to hell. Kalau pernah syirik,forever and forever , abadan-abada…….nauzubillah.

Keteqaq tu ada baik-buruknya . Aku pun orang keteqaq juga . Aku keteqaq tak sokong orang zalim . Tok sah dok kempen nak beri itu dan ini . Mampuih aku tak beri kerjasama. Jangan kata nak sokong ,niat pun tak dak. Sebiji zarah pun tak dak.No way .Kalau sokong buruklah padahnya .Diseksa bersama si zalim .Kias lah , begitulah ceritanya. Jangan cari kuasa ala firaun , jangan cari harta macam karun. Jangan cari pompuan secantik Cleopatra . Cari macam Zalekho, dia mencintai Nabi Yusof.Allah izin dan redho dengannya. Biar hitam macam Saidina Bilal , tapi warna hitam kulitnya berebut2 si bidadari di surga untuk membuat tahi lalat di bibir ataupun di bawah dagu .

La ni dok tengak umno bukan saja berperang dengan parti lawan , tapi berperang lebih besar sesama ahli . Dah mula mencantas . Dah mula berasuah politik . Masing2 nak kuasa. Tapi apa pun rakyat bawahan dah tak caya lagi . Umurnya pun dah tua 2008-1946=62 tahun . Bila tua sapa pun tak mau. Tun M yang pernah mereka sanjung dulu pun,bila dah tua dan tak berkuasa di percece ,dipermain2kan mereka . Depa tak pandai hormat. Kena bubuh satu lagi prinsip dalam islam hadhari.Yaitu menghormati orang tua2.Mereka tak kenang budi .Macam2 depa tuduh Tun M.Kegelisahan Tun M tak terkira lagi.Cepat2 keluar Umno dan buka blog sendiri . Macam2 dia beletiaq, ada benarnya dan ada salahnya. Tapi aku masih ingat Allahyarham Ustaz Fadzil Noor berdoa supaya Tun M berumur panjang supaya dia boleh tengok sendiri kesan2 dari pemerintahannya. La dia dah boleh tengok sendiri kesan dari pemerintahannya. Seelok2nya dia boleh bertaubat dan minta maaf kat semua dia pernah iniayai .Dia juga kurang bijak kerana belum lagi meminta maaf atas kesalahannya sendiri. Dia cukup tertekan dengan Pak Lah . Dulu dia Mr.clean dan kini cukup keteqaq dengan tun. Semua yang tun buat dia batal . Jambatan bengkok tun pun dia batal,walaupun dah beratus juta ringgit dah habis.. Keteqaq .Bila suruh letak jawatan,dia keteqaq juga. Yang paling rakyat marah bila harga minyak naik 41%. Lepas tu semua barang naik harga . Semua naik angin. Tuduh menuduh berlaku . Sampai tuduh naik bontot .Sampai ada tuduhan luar tabi’i dengan rakyat Mongolia. Apa nak jadi kat Malaysia aku tak dapat menyangka . Pohon Allah selamatkan rakyat dan berilah peringatan kepada yang memporak-porandakan Malaysia. Kalau tak mau ambil peringatan,buatlah apa saja yang Allah sukai.Berilah pukulan maut kalau itulah upahan yang setimpal dengan apa yang mereka buat.Tapi Allah sayangilah kami rakyat2 yang tak berdosa.Kerenah2 mereka lah yang membuat kami tak keruan .


Wallahua’lam.

4 comments:

Ghazali Lateh said...

Pak Cha,
Kes ketegaq ni lah yang susah nak adon. Masalahnya, yang depa dok ampu macam nak mampuih pun ketegaq juga sebab depa takut hilang kepentingan.

Unknown said...

Mampuih pi kat depa nak ketegaq jugak!!!

Pak cha pun ketegaq jugak orangnya....

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dr.ghazali lateh,

Masa hang mai ke pekan selasa,aku tak jumpa hang.Masa tu pun aku dah berjalan mengengkang .Apa khabar kat selangoe sekarang ? dia pun bukan negeri BN lagi.Masa hang balik ke kedah tu lansung tak jumpa negeri BN . Pasai tu depa dok berkelahi . Biar depa mampuih.

Sdr shahrani,

Aku keteqaq ,keteqaq murni , keteqaq yang membawa makrifat.

depa tu keteqaq bodoh dan tuli.dulu pak turut Tun M ,lani pak turut al badawi.Tun M di percece mereka.Jenis kemarok bedahak.

Unknown said...

dr.m memang patut di percece pun. dia patut dapat lebih teruk lagi.

Kerana dia SAR nazak sampai sekarang.